RSS

Dugaan datang lagi

Dah lama tak update apa-apa di blog ni.

Keterbatasan masa membuatkan saya terpaksa melupakan seketika dunia blog yang sungguh menyeronokkan ini. Sharing something with you guys buatkan saya happy. Adakalanya ada juga perkara personal yang saya rasa tak perlu saya share kan di sini.

Tapi perkara yang akan saya ceritakan di sini adalah perkara yang saya pendam, & saya ingin luahkan di sini. Tak tertanggung rasanya apabila perkara ini terjadi.

1) Saya amat seronok sebenarnya bekerja di sini tetapi oleh kerana 1 sebab yang timbul, saya jadi sangat2 tawar hati dah untuk terus mencari rezeki di sini. (hope my officemates tidak membaca blog saya ini.  Kerana kebanyakan dari mereka tidak tahu saya ada blog & saya juga tak kasik mereka baca blog saya....saya ni pemalu orangnya..hehe)
2) Perpisahan yang terjadi; samada dengan kawan atau orang yang kita sayang, adalah satu perkara yang sentiasa akan terjadi.  Saya sayangkan seseorang tetapi kenapa saya sering di uji.  Betul ada pendapat mengatakan, kita sukar untuk dapat apa yang kita mahu kerana Allah hanya memberi apa yang kita perlu.

3) Saya sedar saya kena redha dengan apa yang terjadi dalam hidup saya kerana kini Allah sedang aturkan sesuatu yang terbaik untuk saya.  Walau saya menangis sekalipun, perkara yang lepas takkan berulang lagi. Betul kan? 

4) Yang berlalu takkan berulang, Yang pergi takkan kembali, Yang patah tumbuh dan yang hilang berganti - kata-kata ini sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir, jangan terlalu berharap kepada perkara yang telah berlalu. Dan jangan terlalu meletakkan harapan pada sesuatu yang tak pasti. ini lah yang saya alami sekarang.  Saya berharap sangat kepada seseorang tetapi saya tak tahu samada saya akan bersama dia atau tidak *redha*

5) Saya tau saya tidak berseorangan dalam melalui dugaan yang datang ni. saya masih ada keluarga, sahabat & teman di sekeliling saya. Life must go on.

---- >> Ya Allah, makbulkan doaku ya Allah. Semoga hajat saya yang telah lama saya idamkan akan tercapai juga tahun ini. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...