RSS

Ku Jadi Baby Sitter :)

Masa balik bercuti sempena cuti New Year minggu lepas, saya hanya terperapjer kat rumah.  

Eh jap jap. Tak tak. Lupa plak. Saya kuar gak rumah Hari Jumaat tu sebab mengikut Along & Family pegi Kuantan. Tapi citer gi Kuantan saya akan citer di next entry yek. hehe

Jumaat 31 Disember 2010, saya jadi baby sitter. Hik hik hik. Nak gelak pun ada. Sebab saya suka main-main dengan baby tapi part dia buat mustard or uk uk uk (paham paham jer lah yek), saya jadi tak suka. Hehe. Sebabnya, saya geli nak basuk uk uk dia tu. *caner ko nak kawin ni makcik oiii*

Abang saya tinggal anak saudara saya ni, oh Qalesya namanya, kat rumah masa saya balik. Alah tinggal kejap jer pun sebab abang bawak mak pegi anta Pulut Kuning kat rumah saudara-saudara. Oh, FYI, pulut kuning ni kak Long saya buat sempena anak dia dapat 8A masa PMR baru-baru ni. Ni kisah anak saudara saya tu (sini).  

Qalesya ni plak, bila dia jarang nampak muka saya yang cantik ni cute ni (cute ke? kekeke) sebab almaklumlah saya kan jarang ada kat rumah sebab dah jadi anak perantau, dia tak mau lah duk lama-lama ngan saya.

Bila dia dah start nangis, saya mula panik. Ape aku nak buat ni??? Masa tu macam-macam idea kuar kat kepala; bukak Astro Ceria, bawak kuar kat kawasan beranda rumah, bagi susu & macam-macam lagi lah.Bila duk luar, dia senyap lah sebab dia suka tengok air hujan tapi bila masuk umah balik, dia nangis balik.

Saya kebuntuan....  TIBA-TIBA... JENG JENG JENG.......

Saya buka Astro OASIS then bagi Qalesya dengar. Dia terus senyapppppp.....

Happy nyer saya sebab berjaya diamkan budak tecittt nih. Menurut kata ibu & bapanya, dia memang suka nonton Astro Oasis terutama nya yang zikir-zikir sebelum azan tu.

Jom layan pic-pic Qalesya tengah tengok & dengar zikir-zikir di Astro Oasis kul 1 tengahari, hari Jumaat di hari kejadian..

Tengok.... Punya lah khusyuk dia tengok sampaikan siap boleh baringkan dia lagi.  Syok sangat tengok dia time ni. Comey.  Time ni, kalau buat-buat tutup mata dia pun, dia kan tepis dan bagi lah apa-apa pun, dia tak kan layan nye.... Saya baringkan dia & letak Mickey mouse tu sebelahnya. Dia layankan ajer ape Acu dia buat. Hehe
Mula-mula dia buat tak tau jer saya amik pic dia. Tapi bila dah banyak kali dengar flash, terus dia pusing. Ha koooo... Bulat matanya.... kahkahkah *gelak jahat*.. Sian dia, konsentrasi terganggu. Sian dia gak sebab ada mak saudara macam saya yang suka mengusik dia. Hehe
Time ni dia malas nak layan dah. Dia sambung balik tengok tv. Haha
Acu, please do not disturb me!!!
Qalesya dah siap bagi jelingan tajam dia dah. Muka macam nak nangis pun ada dah time ni sebab ku mengganggu konsentrasi dia. Hahaha *gelak jahat lagi*

Apa pun, menjaga Qalesya sangatlah seronok.  Dia sangat baik & tidak banyak meragam. Dan 1 lagi, dia sangat comeelllllllllllllllll....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...