RSS

Sejarah Oh Sejarah

Honestly, sebenarnya saya sangat tidak suka kepada subjek sejarah sebabnya adalah terlalu banyak sebab.

Antara sebabnya adalah:

1) Tarikh -- Terlalu banyak tarikh yang nak kena di hafal. Betul dok? Saya tidak suka menghafal. Serius! Bila terlalu banyak sangat tarikh, saya dah tukar-tukar kan tarikh tu dengan peristiwa-peristiwa yang tak berkaitan. Suka-suka hati aku jer tukar tarikh tu. Kahkahkah

2) Buku Sejarah banyak sangat tulisan -- Betul kan apa yang saya kata ni.  Buku sejarah sangat tidak menarik sebenarnya. Ni buku yang masa saya belajar dulu lah. Sekarang punya buku Teks Sejarah, saya tak pasti lah pulak caner rupanya. Masa time saya sekolah-sekolah dulu, sangatlah bosan belajar ni. Tengok buku pun dah muak.  Saya juga curiga caner lah kawan-kawan siap boleh dapat A untuk subjek sejarah. Haaaa tiru buku yer? Bawak nota yer? time tu mulalah buat spekulasi sebab orang lain dapat A subjek sejarah masa exam, saya dapat C. hahahaha.... Rasa macam nak bagi cadangan jer kat Kementerian Pelajaran. Cadangan saya, buat buku Sejarah biar penuh dengan gambar-gambar & grafik supaya pelajar-pelajar mudah paham. Setuju dok?

3) Cikgu yang ajar subjek Sejarah tak Best -- Dulu, cikgu yang ngajor Sejarah saya sangatlah tak best. Dia ngajar dengan cara baca jer apa yang tertulis kat buku tu. Cikgu oooo cikgu, kalau lah nak baca straight apa yang tertulis kat buku tu, baik saya baca kat rumah jer cikgu oii.... Sian cikgu ada anak murid macam saya time tu. Maafkan saya cikgu. Dan kesan tak suka cikgu tu, saya dapat 7D masa SPM. mencacatkan slip result saya jer.. Cikgu, saya minta maaf... huk huk :(

Sebenarnya banyak lagi yang menjadi sebab saya tak suka Sejarah. tapi malas dah nk citer. 

Ha, nak tau nape saya tetiba citer pasal Sejarah plak ni? Sebabnya mulai tahun 2013, subjek Sejarah secara muktamadnya menjadi Subjek wajib Lulus..... 

So kepada semua pelajar-pelajar, adik-adik semua, belajarlah Sejarah betul-betul.  Ni penting untuk Kita di masa tua nanti supaya senang nk cerita kat anak cucu cicit. Haha...

__________________________________________________________________________________

Keputusan Wajib Lulus Sejarah Dalam SPM Muktamad, Kata Dr Puad

LABIS, 7 Jan (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi Jumaat menjelaskan, keputusan mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah muktamad.

Menurut beliau, cuma yang belum diputuskan ialah bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut yang akan digubal dan pendekatannya bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan bagi memastikan pelajar menghayati sejarah.

"Sebenarnya, keputusan wajib lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM adalah muktamad. Kita hanya menunggu hasil kajian daripada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah sekolah menengah.

"Jawatankuasa ini sedang membuat kajian bagi memastikan kurikulum yang baru dan bakal digubal kelak benar-benar memberi impak yang berkesan untuk melahirkan generasi yang menghayati sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan guru-guru sekolah kebangsaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tenang hari ini.

Menurut beliau, laporan tersebut perlu diperjelaskan kerana ia boleh disalah ertikan seolah-olah kementerian akan berpatah balik dalam keputusannya untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM mulai 2013.

Beliau juga berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu dianggotai oleh pakar sejarawan dan pensyarah universiti yang pakar dalam bidang Sejarah.

Kementerian katanya, akan memperkenalkan Sijil Peperiksaan ulangan untuk mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013.

Langkah itu, katanya untuk membolehkan pelajar yang gagal mata pelajaran itu mengambil peperiksaan ulangan sebagaimana mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil SPM.

Sementara itu, Dr Mohd Puad yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut berundur secara terhormat daripada jawatan Menteri Besar Selangor jika beliau terus berdegil membantah dan mempertikaikan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri itu.

Katanya pelantikan Mohamad Khusrin telah diperkenan oleh Sultan Selangor dan dengan itu sepatutnya tidak timbul lagi soal Menteri Besar Selangor tidak mahu mengiktiraf pelantikan itu.

"Bagi saya, kalau dia (Abdul Khalid) tetap berkeras tidak mahu mengiktiraf, sebenarnya dialah yang menimbulkan krisis perlembagaan," katanya mengulas mengenai kedegilan Abdul Khalid yang menentang pelantikan Mohamad Khusrin dengan mendesak untuk meminda Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Beliau menyifatkan tindakan Abdul Khalid itu berbahaya kerana ia bukan sahaja menghantar isyarat salah kepada rakyat Selangor tetapi juga kepada pelabur-pelabur asing yang hendak melabur di negeri itu.

"Bagi saya, dia sudah tidak lagi sesuai menjadi Menteri Besar...Khalid sepatutnya mengundur diri secara terhormat," katanya.



-- BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...