RSS

Di persimpangan dilema :'(

Hari ini adalah hari yang menentukan segalanya.

Saya dalam dilema samada masih untuk terus kekal di office lama atau bertukar ke tempat baru.  Oh ye, sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, let me shared with you about my medical check-up on last Friday.

Actually, saya dah sangat-sangat excited when person in charge kat office baru tu call yang mengatakan saya dah dapat kerja di situ. Dan person in charge tu suruh pergi ke sana untuk buat medical check up.  So on Friday, 25th of February, I went there for my medical check-up.  U know what, i am very excited since i really hope i can get the new job.

Seronok jugak buat medical check up ni sebab kita boleh tahu tahap kesihatan kita kan.  Alhamdulillah, saya sangat seronok sbb doc kat klinik tu ckp, saya normal.  Tiada penyakit apa2 pun. Alhamdulillah.

Doctor yang check tu sangat baik.  Ada pengalaman lucu masa medical check up tu.  Antaranya:

1) Doc: Hai. I want to ask you. Your mother Chinese ker?
    Saya:  Eh taklah.  My grandmother yang Chinese. (tapi sebenarnya bukan grandmother pun tapi moyang   cam tu lah..hehe)
    Doc: Oh dats why lah muka you mcm Chinese... (hahaha...kembang semangkuk tiba-tiba...kahkahkah)

2) Untuk buat urine test, saya kena minum banyak air kan. Sebelum ke klinik tu, saya punya lah bersemangat minum air masak (air putih). Tapi hampeh tul, tak sempat nk ke klinik, tetiba rasa nk terbuang jer air2 yang diminum pagi tadi..Adoyai...cano tu? saya pun gi lah toilet. Ingatkan klinik jauh sbb sempatlah saya cover balik air dalam badan tu.  Tapi tapi tapi, sampai ke klinik, tak rasa nk membuang pun.  Dengan muka tak malu, saya mintak air masak dengan pembantu doctor yang nk buat urine test tu.  So saya kena skip dulu urine test tu then buat X-Ray & check body dulu. Bila dh agak-agak lama, baru lah buat urine test. Nasib baik lah pembantu doctor tu baik..kekekeke

Ok, berbalik kepada cerita yang membuat saya dalam dilema. I tote, my bos suka lah saya berhenti. But then, bila dia dapat tahu saya dapat kerja baru, dia sangat-sangat terkejut.  Dia suruh saya pikir dulu betul2 untuk berhenti.  Dia buat counter offer. Dan Counter offer tu yang membuatkan saya dalam dilema. My bos siap suruh saya buat solat istikarah lagi untuk menentukan samada stay di sini or ke tempat baru. Adoyai.. Pening2....

Dilema kenapa yer?  Saya dilema sebab
1) My best friend masa blaja kat UiTM Shah Alam dulu yang recommend me to her bos. Oh ex bos actually. So kalau saya tolak tawaran kerja kat tempat baru ni, saya akan malukan BF saya ni..uhuk uhuk....Besides that, kat tempat baru, saya kena berkenalan dengan orang baru. Saya kena biasakan diri di tempat baru. Stress jugak tu.

2) Company yang saya kerja sekarang ni, sangat2 lah well known company.  Sayang sangat nk tinggal tempat lama ni. Kawan2 pun best... huhu

Hari ni, Isnin, saya kena buat keputusan yang muktamad samada nk terus kekal di sini or ke tempat baru. Actually, esok dh saya kena lapor diri ke tempat baru. Counter offer ni best jugak yer. Kadang2 bila kita nak tukar kerja, baru lah kita tau kita akan dihargai or tak.  So rupa-rupanya saya masih diperlukan di sini. Hehe... *bangga jap*....

Saya masih ada masa selama dua jam untuk membuat keputusan. Stay here or moved. Stay here or moved. Stay here or moved. Stay here or moved. Stay here or moved.

Doakan moga saya dapat membuat keputusan yang tepat terhadap kerjaya saya ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah - bakal berhijrah ke tempat baru

Entri saya sebelum ni ada mengatakan bahawa saya sangat-sangat nervous untuk menghadiri satu interview kerana ianya penentu hidup mati saya.  Interview tersebut berjalan dengan lancar dan saya amat happy sekali.

Dan pagi tadi, saya menerima perkhabaran yang sangat happy.  Saya telah berjaya dalam interview tu.  Dan Alhamdulillah, saya akhirnya dapat mencari pengalaman bekerja di tempat baru.

Walaupun saya sedih untuk meninggalkan tempat lama saya ni, tetapi demi mencari sesuatu yang baru, saya terpaksa juga melangkah pergi.  Hati memang berbelah bagi tapi apa yang boleh saya buat.  Ni adalah yang terbaik untuk saya, I guess.

Kepada teman-teman yang telah mendoakan saya, terima kasih sangat2.  Saya amat-amat menghargainya. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Butterflies in My stomach -- Im Nervous!

Huhu.... Tak tau nak mula cerita ni dari mana.

Feels like butterflies in my stomach. Quiteeee Nervous!!!!!

 *picture taken from Google*


Nak tau tak kenapa saya rasa sangat-sangat nervous ni? 

Sebab tomorrow, i got an interview.  Takut sangat. Bukan sebab tak penah interview tapi sebab ni adalah penentu hidup mati. kahkahkah.. ayat takleh blah kan.

Wish Me Gud Luck Fren...

Hope everything runs smoothly tomorrow.. huhu






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERINAI DI OFFICE - Jangan biarkan dirimu kebow-sanan

ANDA KEBOSANAN?
INGIN MENCARI TEMAN HIDUP?
SERTAILAH  ON KAWAN......

Ok!! Stop merepek mokcik oiiii!!!!

Hehe.... Beginilah yang terjadi apabila bos tiada di opis.  Staf-staf bos mula membuat onar dan mencari peluang untuk mengulor atau memontengkan diri seketika..hahaha.....

Bila kebow-sanan di office, ni lah antara aktiviti ku.  Di opis saya ni ada seorang pembuat henna yang sangat kreatif.  Namanya Amrina.  Dia sangat2 pandai membuat henna ni.  Cara lukisan henna dia juga sangat2 halus dan teliti.  Saya sangat suka kalau dia offerkan diri dia untuk buat kan inai untuk saya.  Haha.. Sonok!!!

Kalau bos non-adoo jer, Am mulalah mengofferkan diri camni "Nina, ko nak buat inai tak?".  Ha saya pun dengan hati yang lapang, terima offer tu... "Boleh jugak Am. Buat inai style gini gini gini ek.". Orang dh offer secara percuma nk buatkan inai, saya boleh plak nak memilih-milih style kan..haha....

Kalau siapa-siapa yang teringin nak membuat henna untuk majlis bertunang, berkahwin & yang sewaktu dengannya, bagitau lah saya. Saya boleh tolong tanyakan kepada Amrina.  Ha, ni link blog dia, HennaRatuSehari 

Janganlah segan-segan nak view blog Amrina ni.  Confirm, puas hati punya.




 





Ha, cantik dok? memang cantik kan. Tambah-tambah lagi bila inai ni dipakaikan di tangan saya..kekekekeke

p/s: bos, selalu selalulah tiada di opis yer... *peace*






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...