RSS

Emergency Call

Patutlah hati ni rasa ingin pulang ke kampung....

Rupa-rupanya ada berita buruk yang saya terima tadi.  Atuk kesayangan saya sekarang tenat.  Saya kena pulang ke Kemaman sekarang juga.  Tadi saya dah minta kebenaran dengan Encik Bos untuk pulang ke kampung.  Saya kena sampai sebelum apa-apa terjadi.  Saya tidak mahu menyesal dan menjadi cucu yang tidak mengenang budi.  Saya tidak mahu menyesal. Yer saya tidak mahu menyesal.  Masa balik cuti CNY bulan lepas, atuk saya bagitau abang saya bahawa dia mahu berjumpa saya. Tapi kerana banyak hal yang perlu dibereskan, saya tidak sempat untuk melawat atuk saya. Dan kini saya menyesal.

Saya berharap sangat saya sempat jumpa atuk saya malam nanti.  Semoga Allah makbulkan doa saya. Saya takut!

Ya Allah, berikan kesempatan kepadaku untuk berjumpa orang yang ku sayang. Amin

Tolong doakan semoga saya selamat sampai ke Kemaman. Dan Semoga saya selamat kembali ke KL nanti.  Semoga perjalanan selama 3 jam sebentar lagi smooth jer..


Terima kasih kerana sudi membaca entry saya ni. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

ezy.fia said...

arap atuk awk selamat..

Anonymous said...

terlambat baca entry ni.

en anon harap semuanya selamat ye Ain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...