RSS

Kembalikan Senyumanku...

Khamis 3 March 2011 

Terima panggilan kecemasan dari emak yang mengatakan Aki (atuk) ku tenat. Tak buang masa, terus minta kebenaran dari bos untuk pulang ke Kemaman dengan kadar yang segera...

Alhamdulillah, 3 jam memandu dari KL ke Kemaman (5.30pm-8.30pm), sampai sana terus pergi rumah Aki. Aki semakin stabil. Alhamdulillah, syukur ya Allah.



Ahad 6 March 2011

9.20 am:  Terima panggilan dari emak. Masa ni tengah mamai sebab baru jer bangun tido.  Sudah bagi salam kat mak, rupa-rupanya ada berita tak gembira.

Mak : Ain (family panggil saya Ain tapi kawan-kawan panggil saya Nina), sabar banyak-banyak....Jangan terkejut yer....

Saya: Yer Mak. Apa dia? (Dalam keadaan yang dah sedia, saya tau tentu ada berita sedih yang akan Mak bagitau. Berita kematian mungkin & dalam kepala terus ingat Aki)
Mak : Ain (sebak), Ayah Tam dah meninggal.

Saya : Ha???????????? Innalillah...

Mak : Ayam Tam dah meninggal pagi tadi. Accident. Dilanggar lari.

Saya : Ya Allah. Baru jer jumpa Ayah Tam Jumaat aritu.

Terus tangan saya menggigil. Sungguh saya tidak bersedia dengan berita ini. Pemergian Ayah Tam sangat-sangat memeranjatkan. Saya rapat juga dengan Ayah Tam kerana selepas Abah saya meninggal, Ayah Tam lah menjadi tempat kami adik beradik bercerita. Kini, Ayah Tam dah tiada.  Semoga orang yang melanggar Ayah Tam tu akan tampil untuk menyerah diri.  Tolonglah...

Dan kini, setelah 4 hari Ayah Tam meninggal dunia, saya masih terbayang kan wajah Ayah Tam. Serius saya rindu Ayah Tam.


Ayah Tam dalam kenangan :"(

Banyak juga dugaan yang mendatang sekarang. Namun saya tahu saya perlu tabah.



Kembalikan Senyumanku :"(


Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...