RSS

Ouchh ulser ini membunuh seleraku..

Dua tiga hari ni selera makan macam menjauh jer.  Gara-gara ulser yang ada kat gusi ni. Dan hari ni, macam ada 1 lagi tempat ulser. Bawah lidah.....

Oh,  ulser buatkan selera kita terbang macam tu jer. Hidanglah makanan yang best-best pun tapi kalau dah ada ulser, mampu pandang jer lah. Pedih woo....

Saja jer nak bercerita pasal ulser ni. Nak manja-manja sikit..heheheh..Jangan marah yer....

Oh yer, dari minggu lepas saya tak sempat nk update entry baru. Dalam draf dah ada cuma tak publish jer. 

Nak tau, Jumaat minggu lepas, saya dapat arahan dari bos untuk join meeting untuk membuat kapsyen untuk Buku Coffee Table Book Che Det. Buku ini dalam proses akhir dah.  Pasni dapat jumpa Che Det masa pelancaran buku ni.. yeay!!!

Sebenarnya bukan meeting sangat pun tapi lebih kepada work grouping. Nak gempak panggilah meeting. Work grouping ni bermula kul 3 petang hingga kul 9 malam. Mak aih... Cramp badan duk atas kerusi mengadap laptop jer. Ingatkan habis lah hari Jumaat lepas tapi rupa-rupanya tidak.

Work grouping ni bersambung hari Isnin dari kul 10 pagi hingga 8.00 malam... Hari Isnin tak sempat siapkan, bersambung lagi ke hari selasa. Hari Selasa pun sama. Bermula kul 10 pagi sampai malam. Tak siap jugak lagi, sambung hari Rabu (16 Mac 2011), dari kul 3 petang sampai 8 malam juga.

Ha ko... work grouping ni memang lama dan memenatkan but i really enjoy.... Sebab menambahkan ilmu-ilmu di dada dan menambahkan maklumat-maklumat yang penting yang boleh dikatakan menjadi sejarah penting dalam hidup... Kahkahkah.. Ayat takleh blah....hehehe

Kerja dengan organisasi media, memang best. 1st u dapat kenal dengan ramai orang. Tu yang penting. 1 lagi, dapat tambah ramai kenalan sebab saya memang kena berhubung dengan agensi-agensi media lain; dalam dan luar negara.... Seronok... Hingga hari ni, saya tak percaya saya membuat kerja lari dari bidang yang saya belajar. cuma yang sama, saya masih berhubung dengan pelanggan......

Ok...... nak pergi cari makanan jap. Lapar.. Makan sikit-sikit takpa janji kenyang. Ulser oh ulser......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...