RSS

Tambahan RM4 Bln Subsidi Jika Harga Minyak Tidak Diselaras, Kata Najib

Jarang dah baca paper sekarang. So masa buka web BERNAMA.com tadi, saya rasa nak share apa yang saya dah baca tadi. Kawan-kawan pernah cakap kat saya macam ni "apa lah ko ni....kerja ngan company media tapi current issue pun tak tau....."...kahkahkah..padan muka saya. So berita pasal subsidi ni saya dah tahu lah.... :p


Tambahan RM4 Bln Subsidi Jika Harga Minyak Tidak Diselaras, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kerajaan dijangka menanggung RM4 bilion dalam subsidi sekiranya tiada pelarasan dibuat terhadap harga minyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu.

Beliau berkata ini merupakan tambahan kepada RM10 bilion dalam subsidi yang diperuntukkan untuk tahun ini.

"Sama ada terdapat keperluan untuk menyelaras harga minyak, ia akan bergantung kepada inflasi," kata beliau pada sidang akhbar selepas taklimat Lembaga Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

"Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global," kata beliau.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited kepada program rasionalisasi subsidi tetapi ia akan dilaksanakan secara perlahan-lahan dan disasarkan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

Perdana Menteri berkata defisit kerajaan akan bergantung kepada jumlah perolehan yang diperoleh kerajaan berbanding dengan berapa banyak peningkatan subsidi, khususnya jika tiada semakan semula dari segi harga petrol, diesel dan perkara yang lain.

Beliau berkata langkah berkenaan akan diambil sekiranya harga terus meningkat melebihi tahap kritikal dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

Ini termasuk memastikan permintaan domestik terus pada paras yang tinggi, terutamanya penggunaan persendirian dan pelaburan oleh sektor swasta, kata beliau.

"Pelaburan sektor swasta telah berkurangan sejak beberapa tahun lepas tetapi dengan pengenalan ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat," ujar beliau.

"Peningkatan berterusan inflasi, akan terus memberi kesan terhadap pengguna," kata Perdana Menteri.

Krisis hutang negara masih boleh diurus, kata beliau.

Najib berkata pada masa ini, tidak keperluan untuk pakej rangsangan kecuali terdapat kemelesetan ekonomi dunia yang teruk.

"Apa yang kita lihat sekarang ialah pertumbuhan rendah sederhana," katanya.

Najib berkata dengan terdapat peningkatan trend dari segi harga hartanah, ia masih boleh diurus dan kerajaan memantau trend harga berkenaan.

"Kita juga melihat kepada bekalan, sama ada bekalan rumah mencukupi dalam lingkungan RM200,000 di Lembah Klang."

Najib berkata krisis kewangan yang berlaku di Amerika Syarikat tidak akan berlaku di Malaysia memandangkan terdapat kawal selia yang ketat.

"Kerajaan komited untuk mencapai pertumbuhan yang disasarkan sebanyak enam peratus setahun melalui projek-projek ETP dan memastikan permintaan domestik pada paras yang kukuh.

"Bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran kerana pertumbuhan dunia yang perlahan berbanding dengan 2010 dan ini mempengaruhi eksport barangan pembuatan."

Beliau berkata sektor perbankan masih kekal kukuh, menyumbang 11.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2010.

Dari segi hutang isirumah yang dilaporkan meningkat, beliau berkata ia masih boleh dikaswal walaupun pada peringkat individu terdapat kebimbangan yang orang ramai tidak seharusnya terlebih pinjam.

Kerajaan memantau keadaan berkenaan, kata beliau dan menambah yang pinjaman tidak berbayar masih di paras rendah.

Dari segi penyertaan ekuiti bank asing, Perdana Menteri berkata terdapat trend yang meningkat dan ia akan dipertimbangkan atas dasar merit.



-- BERNAMA




 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...