RSS

DaripadaNya Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali

AL-FATIHAH


Baru sebentar tadi saya menerima khabar sedih.  Seorang kawan yang lebih dikenali sebagai Sarah (saya menganggapnya kawan kerana dia merupakan adik kepada kawan baik saya) 
baru sahaja kehilangan seorang suami.

Suami beliau menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Penyakit yang dihidapi oleh suami beliau baru sahaja dapat dikesan dan setelah di kesan, sudah di peringkat bahaya.  Beliau mempunyai seorang anak yang masih kecil; berumur setahun sebulan.  Usia perkahwinan juga masih lagi baru.

Kepada Kak Sarah, sabarlah menerima ujian Allah ini. Allah lebih menyayangi suami akak.  Nina tau akak kuat. Nina hanya mampu mendoakan moga akak tabah dan terimalah kehilangan ini dengan redha.


SESUNGGUHNYA, DARIPADANYA KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA KEMBALI. 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...