RSS

Jangan risau, minyak tidak naik hehe

 Kepada semua pengguna minyak Ron95, anda tak perlu risau... Harga minyak masih lagi kekal pada harga sekarang ni.  Seronok jugak mendengarnya.  Kalau sekarang ni pun isi minyak full tank dah RM80, kalau harga minyak naik, agak-agak berapa yer? Maunyer RM100 untuk full tank.  Bila minyak naik, semua barang pun nak naik. Kalau di kedai-kedai makan tu, minyak naik RM0.10, tetapi harga makanan naik sampai RM0.50.. Mengada-ngada betul tokey-tokey kedai ni naikkan harga.  Tapi pasni harga minyak tak naik, tapi harga makanan naik,  jangan pegi makan dah kedai makan tu.  Boikot jer.  Hehe....



PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.

Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

-- BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Cik Ezy said...

krne minyak, abes sume nk naek..
hoh..
dasat betol..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...