SALAM 1 REJAB untuk semua....
Alhamdulillah, I just received good news from my bos.
Dalam hati gembira yang teramat sangat. Memang tak putus-putus rasanya mengucapkan Alhamdulillah petang ni.
Benar kata orang, segala dugaan yang Allah datangkan kepada kita, bukan lah sesuatu yang sia-sia. Memang terselindung hikmah yang kita memang tak terfikir.
Allah Maha Adil. DIA turunkan kita hujan untuk berikan kita pelangi yang amat cantik. Alhamdulillah...
Ini juga adalah doa dari seorang ibu. Segala masalah yang datang, saya ceritakan kepada Mak saya. Mak saya tempat saya luahkan perasaan. Saya sentiasa ingatkan Mak agar jangan lupa untuk mendoakan saya. Saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa Mak.
Dan berita hari ni adalah atas berkat doa Mak. Saya yakin akan hakikat ini!
Thanks Ya Allah.. Thanks Emak. Thanks semua!
Berita gembira pada 1 Rejab
Mood Jatuh Merudum
Kenapa boleh jadi macam ni ya? Saya pun tak tahu apa punca mood jatuh merudum sejak akhir-akhir ni. Yang pasti, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Bila ulser sudah sembuh, datang pulak yang lain. Batuk + sakit tekak + selesema. Sekarang ni musim demam ker? Tapi takpa, orang kata sakit yang datang adalah untuk menghapus dosa-dosa kecil. Yer dok? hehe.....
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang berpanjangan. Amin... Think positive!!!
p/s: Sejak akhir-akhir ni, kerap rasa berdebar-debar. Kenapa ya?
Ouchh ulser ini membunuh seleraku..
Dua tiga hari ni selera makan macam menjauh jer. Gara-gara ulser yang ada kat gusi ni. Dan hari ni, macam ada 1 lagi tempat ulser. Bawah lidah.....
Oh, ulser buatkan selera kita terbang macam tu jer. Hidanglah makanan yang best-best pun tapi kalau dah ada ulser, mampu pandang jer lah. Pedih woo....
Saja jer nak bercerita pasal ulser ni. Nak manja-manja sikit..heheheh..Jangan marah yer....
Oh yer, dari minggu lepas saya tak sempat nk update entry baru. Dalam draf dah ada cuma tak publish jer.
Nak tau, Jumaat minggu lepas, saya dapat arahan dari bos untuk join meeting untuk membuat kapsyen untuk Buku Coffee Table Book Che Det. Buku ini dalam proses akhir dah. Pasni dapat jumpa Che Det masa pelancaran buku ni.. yeay!!!
Sebenarnya bukan meeting sangat pun tapi lebih kepada work grouping. Nak gempak panggilah meeting. Work grouping ni bermula kul 3 petang hingga kul 9 malam. Mak aih... Cramp badan duk atas kerusi mengadap laptop jer. Ingatkan habis lah hari Jumaat lepas tapi rupa-rupanya tidak.
Work grouping ni bersambung hari Isnin dari kul 10 pagi hingga 8.00 malam... Hari Isnin tak sempat siapkan, bersambung lagi ke hari selasa. Hari Selasa pun sama. Bermula kul 10 pagi sampai malam. Tak siap jugak lagi, sambung hari Rabu (16 Mac 2011), dari kul 3 petang sampai 8 malam juga.
Ha ko... work grouping ni memang lama dan memenatkan but i really enjoy.... Sebab menambahkan ilmu-ilmu di dada dan menambahkan maklumat-maklumat yang penting yang boleh dikatakan menjadi sejarah penting dalam hidup... Kahkahkah.. Ayat takleh blah....hehehe
Kerja dengan organisasi media, memang best. 1st u dapat kenal dengan ramai orang. Tu yang penting. 1 lagi, dapat tambah ramai kenalan sebab saya memang kena berhubung dengan agensi-agensi media lain; dalam dan luar negara.... Seronok... Hingga hari ni, saya tak percaya saya membuat kerja lari dari bidang yang saya belajar. cuma yang sama, saya masih berhubung dengan pelanggan......
Ok...... nak pergi cari makanan jap. Lapar.. Makan sikit-sikit takpa janji kenyang. Ulser oh ulser......
Di persimpangan dilema :'(
Hari ini adalah hari yang menentukan segalanya.
Saya dalam dilema samada masih untuk terus kekal di office lama atau bertukar ke tempat baru. Oh ye, sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, let me shared with you about my medical check-up on last Friday.
Actually, saya dah sangat-sangat excited when person in charge kat office baru tu call yang mengatakan saya dah dapat kerja di situ. Dan person in charge tu suruh pergi ke sana untuk buat medical check up. So on Friday, 25th of February, I went there for my medical check-up. U know what, i am very excited since i really hope i can get the new job.
Seronok jugak buat medical check up ni sebab kita boleh tahu tahap kesihatan kita kan. Alhamdulillah, saya sangat seronok sbb doc kat klinik tu ckp, saya normal. Tiada penyakit apa2 pun. Alhamdulillah.
Doctor yang check tu sangat baik. Ada pengalaman lucu masa medical check up tu. Antaranya:
1) Doc: Hai. I want to ask you. Your mother Chinese ker?
Saya: Eh taklah. My grandmother yang Chinese. (tapi sebenarnya bukan grandmother pun tapi moyang cam tu lah..hehe)
Doc: Oh dats why lah muka you mcm Chinese... (hahaha...kembang semangkuk tiba-tiba...kahkahkah)
2) Untuk buat urine test, saya kena minum banyak air kan. Sebelum ke klinik tu, saya punya lah bersemangat minum air masak (air putih). Tapi hampeh tul, tak sempat nk ke klinik, tetiba rasa nk terbuang jer air2 yang diminum pagi tadi..Adoyai...cano tu? saya pun gi lah toilet. Ingatkan klinik jauh sbb sempatlah saya cover balik air dalam badan tu. Tapi tapi tapi, sampai ke klinik, tak rasa nk membuang pun. Dengan muka tak malu, saya mintak air masak dengan pembantu doctor yang nk buat urine test tu. So saya kena skip dulu urine test tu then buat X-Ray & check body dulu. Bila dh agak-agak lama, baru lah buat urine test. Nasib baik lah pembantu doctor tu baik..kekekeke
Ok, berbalik kepada cerita yang membuat saya dalam dilema. I tote, my bos suka lah saya berhenti. But then, bila dia dapat tahu saya dapat kerja baru, dia sangat-sangat terkejut. Dia suruh saya pikir dulu betul2 untuk berhenti. Dia buat counter offer. Dan Counter offer tu yang membuatkan saya dalam dilema. My bos siap suruh saya buat solat istikarah lagi untuk menentukan samada stay di sini or ke tempat baru. Adoyai.. Pening2....
Dilema kenapa yer? Saya dilema sebab
1) My best friend masa blaja kat UiTM Shah Alam dulu yang recommend me to her bos. Oh ex bos actually. So kalau saya tolak tawaran kerja kat tempat baru ni, saya akan malukan BF saya ni..uhuk uhuk....Besides that, kat tempat baru, saya kena berkenalan dengan orang baru. Saya kena biasakan diri di tempat baru. Stress jugak tu.
2) Company yang saya kerja sekarang ni, sangat2 lah well known company. Sayang sangat nk tinggal tempat lama ni. Kawan2 pun best... huhu
Hari ni, Isnin, saya kena buat keputusan yang muktamad samada nk terus kekal di sini or ke tempat baru. Actually, esok dh saya kena lapor diri ke tempat baru. Counter offer ni best jugak yer. Kadang2 bila kita nak tukar kerja, baru lah kita tau kita akan dihargai or tak. So rupa-rupanya saya masih diperlukan di sini. Hehe... *bangga jap*....
Saya masih ada masa selama dua jam untuk membuat keputusan. Stay here or moved. Stay here or moved. Stay here or moved. Stay here or moved. Stay here or moved.
Doakan moga saya dapat membuat keputusan yang tepat terhadap kerjaya saya ini.





