RSS

Tolong bawa Pulang Piala Suzuki AFF

Tiada apa yang mampu diungkapkan melainkan iringan doa kepada pasukan Bola Sepak Malaysia di Indonesia.


Semoga doa sentiasa mengiringi mereka sepanjang perlawanan malam ini untuk merebut Piala Suzuki AFF 2010. 

Semoga Piala Suzuki AFF 2010 itu menjadi milik Malaysia.


BARISAN wira negara yang akan berjuang menjulang nama Malaysia di bumi Indonesia malam ini kecuali Amirulhadi Zainal (berdiri tiga dari kanan) dan Mahali Jasuli (depan dua dari kanan) yang terlepas aksi akibat menerima kad kuning kedua.
*picture taken from KOSMO ONLINE


To Keeper Negara, Khairul Fahmi Che Mat, tangkis lah bola2 yang datang habis-habisan....I know, Malaysian knows, U can Do iT!



Go Go Malaysia!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Derma Darah :)

Hai semua....

Sajer nak berkempen ni...

Jomlah kita sama-sama menderma darah sempena akhir tahun ni.  Kalau shopping complex anjurkan Year End Sale, di Pusat Darah Negara juga menganjurkan Kempen Derma Darah: Derma Darah, Selamatkan Nyawa.

Saya insyaAllah ke Pusat Darah Negara minggu depan.  Jom lah sama-sama membantu mereka yang memerlukan.  Sebab darah kita amat berharga untuk mereka-mereka yang memang memerlukan darah. Hari ni hari mereka, nanti mana tau hari kita pulak kan.

Menurut Pusat Darah Negara, musim cuti ni tak ramai yang menderma so apa kata weekend minggu ni sebelum masuk New Year 2011, kita beramai-ramai berasak-asak ke Pusat Darah Negara.

Ape? Tak tau lokasi nye? Oh itu bukan alasan. Meh sini nak kasik peta. Jappp eh nk upload photo jap *upload photo bermula*



Tak nampak jugak? Sah2 buta IT kan...hehe 

Alamat Lengkap:
Pusat Darah Negara, 
Jalan Tun Razak,
Kuala Lumpur, 
Malaysia.

Nak no telefon tak? Meh sini nak kasik skali.. 03-2693 3888
Ape? No Fax nak jugak? Nah jot down cepat: 03-2698 0362
Web: http://www.pdn.org.my

Lokasi PDN ni sangat2 lah strategik. Sape-sape yang suka tengok teater ke, persembahan lagu2 dari artis-artis ker, or minat lukias-lukis ke,  kalau tak tau PDN ni memang nk kena sekeh.  Istana Budaya & Balai Seni Lukis Negara ni memang dekat-dekat ngan PDN.  Sungguh, tak tipuuu....

So ape lagi? jomlah derma darah weh.  Kalau yang rasa jauh nak datang PDN, so pegilah menderma darah ke Pusat-pusat kesihatan berdekatan anda yek.




LET'S SUPPORT BLOOD DONATION FRENS!


SETITIK DARAH AMATLAH BERHARGA BAGI MEREKA YANG AMAT-AMAT MEMERLUKAN *T____T*

























































































































































































  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeay, Dapat 8A !!!

Korang ingat tak saya penah buat entry pasal kejayaan my niece (klik SINI) yang dapat 5A?

If you olss still remember, dalam entry tu saya ada mentioned pasal tengah tunggu result PMR my nephew.

Hari ni, 23 Disember 2010 Result PMR dh kuar... Nak tau tak my nephew dapat brape?

 

jeng jeng jeng


Dia dapat 8Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Horey!!!!!!!!!!! (maaf, saya lak excited sbb saya dulu dpt 7B & 1C jer..huhu)

Me & my Nephew, Faidhi

Dengan kejayaan dia, sebenarnya tersirat sesuatu yang bermakna.  Dia telah membuktikan bahawa walaupun dia aktif berbasikal dan selalu menjalani latihan berbasikal di Kuala Terengganu, tapi dia masih boleh berjaya dalam pelajaran.  Dia juga telah menyahut cabaran ayahnya.kekeke


Acu proud with you Angah!


*matilahhhhhh..... nak kena pikir lagi hadiah ape nk kasik kat budak sorang ni....huhu....hadiah ape ekkkk??



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Poning, Kusut & Serabut = KEPALA

Poning Poning Poning

Kusut Kusut Kusut

Serabut Serabut Serabut



Sekarang memang tengah musim overload dengan kerja.

Tak habeh 1 kerja, ditambah lagi dengan 1 kerja.

Tak habis lagi yang 2 kerja ni, ditambah lagi dengan 1 kerja lagi.

Kerja ape? tunggu lah pulak meeting petang ni di Putrajaya..


Yang confirm, kena wat research & cari bahan berkenaan projek-projek :)  :(  :P



Oh kepala ku sungguh pusing!!!

*Gambar sekadar hiasan & tiada kena mengena dengan entry di atas. Saje nk bagitau hari ni pakai baju ape, kaler ape, tudung caner..hehe


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JAWATAN KOSONG - UPSI, UiTM, DBP & MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Ada sape-sape cari kerja tak sekarang?

Or ada kawan-kawan korang tengah cari kerja tak?

Ni ada jawatan kosong di beberapa organisasi.  


1) Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PUSTAKAWAN S52
2. KURATOR S48
3. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S48
4. PEGAWAI TADBIR N48
5. PEGAWAI PERGIGIAN U48
6. PEGAWAI PERGIGIAN U44
7. PEGAWAI PERUBATAN UD43
8. PEGAWAI KESELAMATAN KP44
9. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
11. AHLI FOTOGRAFI B17



2) Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) 

Universiti Teknologi MARA mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam/UiTM Kampus Selayang/UiTM Kampus Sg. Buloh seperti berikut:

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERUBATAN UD47
2. PEGAWAI FARMASI U41
3. PEGAWAI OPTOMETRI U41
4. PEGAWAI REKOD PERUBATAN N41
5. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G27
6. JURURAWAT U29
7. JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA) U29
8. JURURAWAT MASYARAKAT U19
9. PEMBANTU REKOD PERUBATAN N17
  


3) Jawatan Kosong di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
3. PEMBANTU PENERBITAN GRED N17
4. PEMANDU KENDERAAN GRED R3

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/iklan_dis2010.doc



4) Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Selayang (MPS)


Warganegara Malaysia (Keutamaan diberi kepada anak Negeri Selangor) yang berkelayakan dipelawa memohon jawatan berikut:

JAWATAN
1. PEGAWAI TADBIR
2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
3. JURUTEKNIK KOMPUTER
4. PEMBANTU PENILAIAN
5. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
6. PEMANDU KENDERAAN

IKLAN JAWATAN KOSONG
http://www.mps.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10374&folderId=135598&name=DLFE-4101.pdf


Credit: All info was taken from MYADHA 


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Prosperity Beef Burger with Prosperity McFizz

Korang lunch kat mana tadi weh?

Saya lunch tadi hanya makan set Prosperity di McDonald Bangsar..
Alang-alang ke New Strait Times so saya & officemate pusing-pusing di Bangsar jap & having our lunch there.


Set of Prosperity Beef Burger; Burger, Curly Fries &Prosperity McFizz

2 Sets for 2 person :)


Dh lama tunggu beger Prosperity ni kuar. Akhirnya dapat gak makan



Hidangan dah ada depan mata, Perut pun dah mula berkeroncong, so ape lagiiiiiiiiiiiiiiii



Jemput makan semua!!!!!!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di mana kan ku cari ganti serupa dengan mu ABAH

Tetiba pagi ni teringat sangat2 kat arwah ABAH.

Abah merupakan seorang yang sangat baik & ku sangat merindui detik2 bersama abah.

Walau abah dah pergi meninggalkan ku selama 12 tahun, tapi kenangan bersama abah masih segar dalam ingatan.
MISS YOU DAMN MUCH ABAH :'(






Al-Fatihah untuk arwah Abah - Aziz bin Ali

(17 July 1998 - 17 July 2010)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERKINI - 28 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai!


IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.

Menurutnya polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit.

Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.

Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

"Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca...saya kena balik dan bincang," katanya.

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas.

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.

"Buat masa ini saya amat sedih...saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa," katanya.



-- BERNAMA
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TERKINI - 27 Meninggal Dunia di Simpang Pulai

27 Thai Tourists, One Malaysian Killed In Tour Bus Accident On Cameron Highlands Road

IPOH, Dec 20 (Bernama) -- Twenty-seven Thai tourists and a Malaysian were killed in a tour bus accident at Km15 of the Cameron Highlands-Simpang Pulai Road Monday.

Twenty-two people died on the spot, four on the way to hospital and two at the Raja Permaisuri Bainun Hospital here following the accident at 11.40 am.

Perak Deputy Chief Police Officer Datuk Zakaria Yusof said preliminary investigation indicated that the driver lost control of the bus and it hit the road divider, crashed onto the opposite lane and overturned on a ditch.

He told reporters at the scene that the police and Fire & Rescue personnel were summoned at about noon and deployed about 100 people for the rescue operation.

He said the identities and gender of the dead had yet to be determined.

A hospital source said the dead Malaysian was believed to be the driver or co-driver.

A Tourism Malaysia source said 44 Thai tourists had joined the package tour to Cameron Highlands in a double-decker bus, bearing registration number AFX 2266, belonging to San Express Holiday which is registered in Perak and operates out of Changloon, Kedah.

Zakaria said the bus was heading to Kuala Lumpur from Cameron Highlands, and it was believed that the tourists were to have flown to Bangkok from Kuala Lumpur.

San Express Holiday managing director Sor Eng Hock, who is in Bangkok on business, said when contacted: "I am very sad ... I am shocked."

He said he would have to come back to the country to find out what exactly happened.

The bus company was registered in 2007 and its six buses had never been involved in major accidents, he said.

Replying to a question, Sor said he would have to discuss some form of compensation for the victims.

-- BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di Saat Aku Mencintaimu - Dadali

Hai Semua....

Best kan lagu di blog Nina ni...(perasan!)

Actually, ramai gak yang tanya Nina ape yer tajuk lagu di blog Nina ni.....

Ok, Tajuk lagu ni adalah DI SAAT AKU MENCINTAIMU oleh Dadali... Band ni dari Indonesia... 

terjawablah persoalan orang2 yang bertanya kan....hehe..... jom layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


p/s: lagu ni sebenarnya Nina tujukan kepada seseorang... yer, andalah seseorang tu (tepuk dada tanya selera...hehehe).... saya sangat mencintai dia sebenarnya tapi saya sedar, tiada jodoh antara kami.... kerana saya tahu, Allah lebih tahu ape yang terbaik untuk saya... semoga saya bertemu insan yang terbaik.. amin :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Letih!

Semalam & harini, Nina terasa sangat keletihannya.... Dh 2 hari kena kuar opis pegi buat research & mencari bahan untuk projek yang sedang dijalankan di opis ni...

Semalam, bermula kul 10 pagi, Nina dan colleague Nina; Kak Mid kuar pegi ke Utusan... Mak Aihhhhhhhhhh... kami sesat Ok! dari Jalan Tun Razak ke Chan Sow Lin tu memakan masa berjam-jam! padahal bukan tak penah pegi tapi nk buat caner kan, dh ditakdirkan semalam hari sesat sedunia... hehehehe......

Pas pegi ke Utusan & menyerahkan senarai2 yang dikehendaki tu, dengan perut yang belum lagi di isi, kami ke area Shah Alam plak.... tugasan seterusnya perlu di settlekan jugak.... so kami ke Bangunan The Star plak.... Nk ke The Star pun 1 hal.... Sesattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt .................. dari Shah Alam & melalui tol ape ntah namanya ku pun dh lupa, ku pun tya lah akak tol tu "kak, The Star kt mana?" Then akak tu pun ckp, "ha dh dekat dh ni dik..... Dari tol ni amik jer exit ke Kota Damansara"... punyerlah happy sbb sebenarnya kami dh nmpak bangunan The Star tu sbb rasa mcm duk sebelah kami jer bangunan tu cuma tiada jalan jer ke situ... kalau ada sayap di kereta tu, dh lama dh sampai agaknya.. then amik lah susur ke Kota Damansara.... masuk masuk then masuk lagi ke susur tu alih2 memang kami ke Damansara! tak nampak langsung dh bangunan The Star tu... argghhh!!!!! Geramnya...... waktu tu dh kul 2 lebih dh.. 

bila dh sesat tu, ok kami pun decide ke Nanyang Siang Pau jer lah.. tak mau dh cari The Star tu.. sungguh buang masa...... Penat baiiiiiii sesat2 nih...huh!

Bila ke Nanyang plak, pun sama... bangunan dh betul2 dh depan ku, then kak Mid ckp Nina carilah parking.... konon nk parking yg elok alih2 ke mana2 ku amik jalan pastu membawa ku ke Beruntong.... mencinya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! memang hari sesat sedunialah... Nina dh give up dh tapi kak mid nk try jugak lagi... ok kak mid, jom lah kita cari lagi jalan ke Nanyang tu....

Bila dh sampai nanyang, ada plak citer nyer.... ok, speaking tu a must lah kan sbb kita ke company yang bukan malay.... dengan english yg tak berapa nk elok tu, ku speaking lah jugak.. Nasib baik lah mereka2 tu paham english ku yg tunggang langgang tu.... bila dh jumpa person in charge tu, dia bawa kami jumpa someone ni lah.... then bila jumpa someone tu, boleh plak dia buat haku hangin.... ape yg buat haku hangin tu tak perlulah diceritakan di sini.. nnti jadi isu perkauman plak tapi dia perlu ingat, haku hamik mandarin masa kat U dlu ok then aku paham bahasa yang dia ckp kat kami tu.. wuek!

takperlah, dengan bahan yang tak dapat, so kami pun pulang lah dengan keletihan kerana kesesatan..... hari makan buah langsat sedunia......... :p


Hari ni plak, citer nya ke Putrajaya plak.. juga dengan tujuan yang sama, mencari bahan.... alhamdulillah, mendapat kerjasama yang baik dari Puan Mazura, Pegawai Arkib Jabatan Perdana Menteri... ha, kali ni ada gambar tapi malas plak nk upload..sbb non adooo time lagi nk edit gambo.....nnti saya share yek! 

ok, c u semua tomorrow yek.... pagi nk gi The Star dulu then petang baru kita jumpa.... :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Award from Frens ... Thanks ya !

Mode: TERHARU sangat2 ni sebab ada yang sudi bagi Nina award.. Thank to Fiqah & Qarr Jalil.... Nk tengok tak award yang mereka kasik kat Nina? jom tengok kat bawah nih :)


1) Award dari  Fiqah.

Thank you so much Fiqah! Sayang awak :)





 2) Award dari  Qarr Jalil 

Thank you so much Qarr Jalil! i love iT :)

Photobucket



And to FIQAH & QARR JALIL, 

Happy to know both of you... Walaupun di alam maya, tapi harap2 berkekalan sampai bila2 persahabatan ini.. :)



Sekian, wassalam 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah, ku makin tenang tanpa Facebook :)

First, Nina minta maaf sangat2 sebab beberapa hari ni takder entry baru yang nina post di blog ni.... 

Bukan tiada idea, bahkan banyak sangat nk dipos kan di blog ni tapi Nina sangat sibuk 2, 3 hari ni.... Sibuk dengan urusan kerja, peribadi & mcm2 lagi.. Tak terkejar.. rindu sangat ngan semua di blog ni tapi ape kan dayaku... chewah..hehe :)

ok, back to the main purpose for this entry....

Alhamdulillah, hari ni 14 Disember 2010, genap lah sebulan Nina tiada facebook... 

Sejak ketiadaan Facebook ni, ramai juga kawan2 yang tanya "Nina, mana facebook Nina? Nina, Nina dh delete yer facebook Nina? Nina, saya cari facebook nina tapi tak jumpa... Nina, active kan lah balik Facebook Nina"..... Oh, sejak tiada Facebook ni, baru Nina sedar ramai rupanya kawan2 yang care pasal nina.. Thanks Frens!!

Nina tak kisah andai ada orang nk kata Nina kolot sebab tiada facebook, Nina ni tak up to date lah or ape2 lagi lah tapi i am toooooooooooo happppppy without Facebook.... 

Masa ada facebook dulu, Nina lebih pentingkan Facebook dari kerja.. Masuk opis jer, terus bukak facebook.... Dan setiap kali buka Facebook, terus jiwa nina akan bercelaru selepas tu.. Dan penah, terus hilang mood untuk sehari.... Ada apa dengan Facebook??

Mula2 masa nk deactivate Facebook dlu, macam2 yang nina pikir.... Nnti caner aku nk berhubung ngan kawan2? Camner aku nk tau perkembangan kawan2? Mampukah aku hidup tanpa Facebook?


Tapi Nina realize, Nina lebih tenang sekarang.. Kalau dulu, tengok homepage Facebook pun, nina terus berdebar2.. I dont know why... & bila tau perkembangan certain2 people di Facebook, Nina jadi tak tentu arah... WHy??? what happen to me actually???? then, i have decided to just deactivate my Facebook account.... & after that, i realize about it... Selepas dari tutup account, Nina tenang setenang tenangnya.... (perasan tak byk nyer ayat tenang nina kan? hehe....... tapi ni mmg betul, tenanggggggggggggggg.....)

Kalau nk tau pasal kawan2 pun, boleh lagi SMS or Call kan??? 

So semua,  jangan terlalu obses ngan Facebook.... sebab dulu nina seorang yang terlalu addicted ngan facebook tapi sekarang, alhamdulillah, bukan peminat tegar facebook lagi...hahah.....

Selamat tinggal Facebook!

(maaf, ayat agak berterabur... takleh pikir dengan tenang sebab nk siapkan kerja lagi nih....maaf yer semua :) )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lunch di Tony Roma's

Hehe..... Tergelak jer bila igt psl lunch tengahari tadi sbb mula2 plan nk gi Subway di Avenue K tapi tak jadi.. sebabnya, harini parking kat Avenue K adalah 10 hengget yer untuk makluman semua.... kami pun tanyalah nape smpai 10 hengget pastu penjaga parking tu cakap, sbb ada PCom di KLCC.... huh! tak rela i korbankan 10 hengget semata2 nk masuk Avenue K then take away Subway then balik opis.. so plan pun bertukarrrrrrr .....


Pikir punya pikir punya pikir, alih2 three of us; Kak Mid, Mira & me went to Tony Roma's at Jalan Yap Kwan Seng.... haha .... masing2 gedik nk try Tony Roma's sebab tak penah pegi lagi... First timeeee nih...... Lagi2 excited sebab nampak iklan lunch dia berharga dari RM16.90... dengan gaji yang tak masuk lagi tapi dengan penuh bergaya kami melangkah masuk... But, yang buat kami happy, kami disambut dengan sangat baik... ni mesti tip top service nyer ni (ni my first impression because i believe, some people believe first impression are long lasting impression...betul dok? hehe)...


since my colleagues cancel kan pesanan2 penaja tu, so we all decide to just dine in... & they all tau yang kami ni first time, layan punyalah baik.... introduce yang best2 & yang recommended & we all just follow what they recommend to us...

And what I can say is, superb!! I love the taste of the foods ..... oh tak lupa juga, i like the way they treat us.....




Kids eat free with any adult entree ordered!





Kak Mid pilih ape yang ada di menu but at last, decide pe yang direcommend jer.. hehe




me & Mira :)




oh, lupa nk bagitau... Kak Mid memang suka bergambar... *ops sori kak Mid.. hehe





 set 1st yang sampai dulu.. so makan pelan2 hamba Allah ni dlu (bun + soup)




sampai menu ke 2 yang namanya ku lupa.... 




yang ni BBQ 1/4 chicken (betul ke dok namanya gini ek?)





Kak Mid makan french Fries dulu :)



Mira lak amik bau dulu ;) 
*maklumlah, kami ke sini first time kan..so excitednya lebih heee



ghupe makanan kami bila dikumpul kan :)



before makan, kena posing dlu (wajib neh ngeh ngeh....)






gambar candid neh... mereka bedua dok perasan gambo mereka di snap hahahahha *gelak jahat


Sudah lah bahagian makan2... so ape lagi, jam telah menunjukkan kul 2pm so masa untuk pulang ke opis & menyambung khidmat selagi terdaya :p







Sekian lah entry untuk makan2 kali nih... byk lagi nk citer pasal makan2 nih tapi tunggggguuuuu yek 



Happy Weekend!!!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerana RM10 Dipenjara 4 Tahun

Selamat Pagi semua :)

Nina baca news tadi di MStar Online. so i wanna share what i read today  :)


Kerana RM10 Tahun Dipenjara 4 Tahun

KUANTAN: Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas seorang penjual ikan yang mengaku bersalah meragut beg seorang wanita berisi RM10. 

Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera, dituduh meragut jurujual berkenaan di belakang Sekolah Rendah Sultan Abdullah, Jalan Wong Ah Jang di sini pada 9.45 malam 12 November lepas.

Selain wang tunai itu, beg itu juga mengandungi kunci rumah, MyKad, buku akaun bank dan surat hospital.

Tertuduh ditangkap oleh orang ramai di kawasan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.

Nik Khairul Azmi memohon supaya dikenakan hukuman yang ringan dengan alasan isterinya baru melahirkan anak tiga minggu lepas.

Hakim Irwan Suaibon menetapkan hukuman penjara berkenaan berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditangkap. 

Nik Khairul Azmi tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilla Md Ali.


*sumber: MStar Online


Moral of the story, tolong lah pikir dulu sebelum nk buat sesuatu.... bila dh kena tangkap, baru pikir keluarga & orang2 tersayang... pendapat nina, mungkin pesalah melakukan kesalahan adalah bersebab; terdesak memerlukan duit & sebagainya.. banyak lagi cara untuk mendapatkan wang tapi janganlah dengan meragut kerana ianya mungkin melibatkan nyawa yang diragut.. Kasihanilah orang2 di sekeliling kita ni... jangan pentingkan diri sendiri aje... Moga si peragut menyesal... Wallahualam :)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jiwang pun Jiwang lah... :)

selamat pagi...... :)

Waktu pagi2 camni ditambah ngan cuaca yang redup & aircond yang sejuk tak hengat, saya rasa nk melayan mood jiwang yang ada dalam diri ni jap.... dh lama rasanya tak layan mood jiwang.. kang nnti dia ngajuk kang, susah lak... haha

pagi tadi nina baca2 cerita2 di 1 web ni.... best sangat cerita2 & kisah teladan yang boleh kita hayati.... 

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Hargai ketika ada!

*info taken from tentang cinta

 

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...