RSS

Asmara oh Asmara

hai semua, malam ni jom kita layan cerita Asmara.

tak silap malam ni last episode.  

saya sangat2 harap moga Asmara akan kembali pada Melati & hope mereka mmg ada jodoh....

*image copy from TV3 website


Jangan lupa, Asmara kul 9pm, TV3




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa manusia jahat?

entry kali ni pasal kejadian semalam.....

semalam nina kuar teman colleague ke Jakel, Jalan TAR untuk pegi beli kain untuk 1 exhibition di Pusat Kraftangan, Jalan Conlay.  kebetulan pas beli kain tu dh tengahari so kami pun decide lah tempat nk gi makan.  tetiba teringat Restoran Ani Sup Utara di Medan MARA. so kami pun pegi lah.

Tengah2 makan tu, tetiba datanglah seekor kucing. mula2 nina tak hiraukan sangat kucing tu tapi tetiba hati ni rasa nk perati jer kat kucing tu.  nina pun terpandang lah kat telinga kucing tu then tetiba terkejut sangat.

kucing tu ada 1 telinga jer. masyaAllah.....

nina tengok lagi apa dh jadi ngan telinga kucing tu. mula2 igtkan telinga kucing tu dimakan kuman or virus or ape2 lah yg sewaktu dengannya tapi semua tu meleset sama sekali.  nina & Kak Yong (colleague) perasan, telinga kucing tu rupa2nya di potong oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.  masyaAllah, sedih yang teramat sangat. kucing tu hanya ada telinga kanan untuk mendengar. dan bila dia nk mendengar kita panggil dia, dia terpaksa pusingkan telinga kanan sbb telinga kiri dia dh takleh mendengar.

bila dh tengok tu, time2 tu jugak air mata ni mengalir tak henti. Serius, nina kesian sgt kat kucing tu. kenapa masih ada manusia yang bertindak kejam dengan memotong telinga kucing tu. kalau kucing tu jahat sekalipun, janganlah di potong telinga kucing tu. please lah...

air mata tak henti mengalir bila igt kucing tu. kami bagi kucing tu makan sbb nmpak sgt dia sgt lapar...


ya Allah, tolonglah selamatkan kucing ni...kesian sangat kat dia.. :(



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersabar dalam berdoa

Assalamualaikum semua.... di sini nina nk share something ngan semua...

kadang-kadang timbul juga perasaan, kenapa bila kita berdoa Allah lambat makbul... so di sini, sy nk share something ngan semua sebagai ingatan utk diri nina & kawan2...

Bersabar Dalam Berdoa

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

(Muslim) 

Huraian:
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya.

Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya.
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui.

Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya.

Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah.
Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya.
Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*dari mStar Online  


Justeru semua, sabarlah dalam berdoa... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuhan Beri Aku Cinta by Ayushita


Salam hari Sabtu semua :)

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Lagu ni mmg sangat2 best....jom layan :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perhatian!!!!!!!!

kawan-kawan semua yang nina sgt sayangi...tolong baca ni... nina terkejut jgk bila baca psl kisah ni ... 

di blog Atika, beliau telah dedahkan tentang kewujudan 1 blog yang meletakkan gambar-gambar perempuan yang cantik-cantik dan ada yang sexy..gambar-gambar yang diambil telah dicopy dari mcm2 sumber contohnya seperti di Facebook... 

Kawan2, hati2 bila letak gambar2 di Facebook sbb kalau kita letak label or our signature skalipun pada gambar tersebut, tapi benda tu masih boleh di remove. opss nasib baik lah nina dh deactivate dh account facebook nina sbb nina rasa facebook kadang2 boleh menyusahkan nina malah menyakitkan...huhu

di blog yang mempamerkan gambar-gambar perempuan tu, ada salah seorang yg saya kenal.. nina tak sure lah samada org yg nina kenal tu sedar or tidak tentang kewujudan gambar dia di blog tu... kesian lah kat dia kalau pemilik blog tu buat mcm tu sbb ambil gambar org tanpa kebenaran kan (ke dia dh mintak kebenaran ek??).. tak baik tau...

to all, hati2 yer..ambiklah langkah berjaga2... gambar-gambar yg dipublish di facebook tu buatlah "friends only" or just choose certain people utk tengok album kita tu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terharu bila di tag...Thanks miss Dorry Sweetie....

hahaha... since sy masih baru sbnrnya dalam dunia blog ni, so sy mmg tak tau psl tag2 ni... ni pun buat bila miss Dorry Sweetie yg suruh buat..thanks mate...

baiklah, saya akan cuba sedaya upaya menjawab soalan miss dorry ni....

dengan lafaz Bismillah, saya jawab soalan 1 hingga akhir..hehe

1. pe bende yang paling penting dalam hidop saya?
-- ok, perkara yang paling penting dalam hidup saya tak lain dan tak bukan : my family, my friends, my colleague, my kerjaya sekarang, my debate family, my gedik2 bestfren & semua yang dikeliling saya....love you oll.. oh tak lupa, iman yg ada dalam diri... :)

2. bende terakhir saya beli ngan duit sendiri.
-- alamak, ape yek yg saya beli ngan duit sendiri? byk kot yg sy beli ngan duit sendiri.... byk sgt so dh tak igt... hehe

3. kat mane tempat perkahwinan yang saya nak wat nanti dan temanye..
-- tempat perkahwinan yang saya nk buat adalah di rumah sy sendiri & tema utk wedding tu biru kot... maaf, sy tak suka buat di hotel or dewan sbb sy rs formal jer kalau wat tempat2 camtu...hehe.. *ni opinion sy jer....

4. adakah saya sedang bercinta sekarang?
-- bercinta?? erm sblum ni yer, sy mmg sedang bercinta....tapi setiap org harus pasrah andai ianya putus di tengah jalan... & bagi menjawab soalan di atas, sy telah single.. * maaf, bukan untuk menjadi seorang yg poyo tapi ini adalah hakikat..huhu

5. berape lame saya akan mencintai kekasih?
-- oleh kerana tiada kekasih, so takleh lah kot jwb soalan ni..tapi takper, jwb gak lah....kalau boleh, selamanya selagi hayat dikandung badan....tapi Allah maha mengetahui segalanya... saya hanya berserah kepadaNya..

6. dimana saya selalu jumpe kekasih..
-- saya jarang jumpa kekasih saya (ni cerita dolu2 punya) sbb kami long distance relationship...so sy jumpa dia hanya bila sya pulang ke rumah sy di kampung.. & dating pun tempat2 biasa jer contohnya kedai makan..heeee

7. novel / buku / majalah yang terakhir di beli.
-- adohai...letih gak nk jwb soalan ni nih.... sbb dh lama jugaklah tak beli novel, buku or majalah sbb kerja sy skrg membuatkan sy sedikit bz jer (& diakui terpaksa membz kan diri sbb utk lupakan perkara yg menyesakkan pikiran..hehe)...

8. name penoh?
-- nama penuh saya bermaksud Cahaya Mataku..so carilah nama sy.. (sy rasa mcm penah jer bagitau nama penuh saya kan..hee)

9. antara mak ngan ayah, mane lagi mesra.?
-- ms sebelum ayah saya meninggal dulu, saya sgt close ngan ayah sy sbb mak saya dulu garang....tapi bila ayah dh meninggal, saya close ngan mak & barulah sy realize yg mak sy sbnrnya tidaklah segarang mana..hehe

10. namekan orang yang betul2 nak jumpe dalam hidop.
-- kalau boleh, sy nk jumpa ayah sy sbb sy betul2 rindukan ayah sy.. even ayah dh meninggal dh 12 thn, but sy rs baru smlm dia tinggalkan sy.....miss my abah damn much... :(

11. adekah saya basuh baju sendiri..?
-- hahaha..machine jer...hehe

12. di manakah tempat yang saya nak gi..
-- of course tempat yg semua org ingin pergi- Mekah...tapi selain tu, sy nk gi Tokyo Disneyland (dh lama simpan impian nk gi tempat ni & sedang berusaha mengumpul duit untuk pergi...sape2 nk gi ngan saya, jomlah sama2 kumpul duit...hehe)

13. pilih salah satu : peluk or cium
-- dorry sweetie, ape punya soalan nih...tak mau jawablah *shy2 cat....

14. bagitau 3 perkara pasal orang yang tag saya nih..
-- psl Dorry Sweetie, dia kwn sy dari UiTM Dungun hinggalah UiTM Shah Alam, cantik & suka shopping....

15. lima bende yang saya sangat sayang dalam hidop..
-- diri sendiri
-- family
-- barang-barang spt computer
-- barang2 pemberian si dia...* masih menggunakan barang2 si dia kasik....kenangan terindah tu..hehehe
-- jam FOSSIL pemberian kakak sempena konvo thn 2009

16. lima lagu yang saya selalu dengar.
-- hati yang kau sakiti; rossa
-- For the rest of my life; Maher Zain
-- Trouble is a friend; Lenka
-- Di saat aku mencintaimu; Dadali
-- Zikir Ya Allah (lagu ker ni ek? takperlah masukkan jgk dalam jawapan ni sbb ni yg saya dgr utk tenangkan hati..hee)

17. bile tarikh lahir n sambut kat ne tahun lepas.
-- tarikh lahir 12 Mac, sambut kat opis (ms tu praktikal) & sambut ngan kwn2 debat...

18. 5 orang blogger yang nak di tag.
-- yg lain2 saya masih duk pikir..heee


Dorry Sweetie, lenguh sy menaip utk jwb soalan yg awk suruh sy jwb nih...sy dh jwb dh awk...thanks tag sy yer....sayang awk...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penantian yang telah pun berakhir

Alhamdulillah, di pagi Jumaat ni, penantian terhadap baby baru yang telah lama dinantikan telah pun berakhir...saya dpt jugak baby yang mmg menjadi idaman setiap orang.....

hope dengan adanya baby ni, saya tak lah terpaksa menyusahkan org lain lagi....

baby ape tu yer? cuba lah teka....hehe....

nnti saya upload gambar baby saya tu.....tak sabar nk share ngan semua di sini...tunggu yek....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KELEBIHAN BISMILLAH

Salam Jumaat

.....di pagi Jumaat yang indah ni, saya ingin kongsikan sedikit info kepada kawan2 semua..saya dapat email tentang kelebihan Bismillah ni dari seorang kawan opis....



Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Ya ng Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Ya ng pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu
dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam.." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH
dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya...

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 
 
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19.Ibnu Mas'ud berkata:
"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah
BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya."

8.. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya..

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.



Renung-renungkan & Selamat Beramal

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejadah Muka Babi???

Adoyai...... adoyai..... tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

petang tadi, masa saya nk tido2 kat stor (opssss kantoi mengulor) tetiba saya amik lah sejadah nk wat alas tido....then tetiba hati ni nk perati jer kat sejadah yg kami di opis ni guna untuk semayang hari2.... mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! saya tetiba terkejut...terkejut yg teramat sangat..... sejadah yang guna hari2 ada muka bab*...

tetiba jugak teringat lah paper METRO yang
saya baca semalam... ms baca semalam, saya wat tak tau jer psl berita psl sejadah ni tapi bila tengok sejadah yg saya guna wat semayang hari2 tu, terus saya gi cari balik paper metro semalam..... mak aiiiii, same sebijik sejibik.......

yang ni yang dalam paper punya...

* gambar copy dari sakiralicious

yang bawah ni yang kami di opis guna hari2....

sama kan dengan gambar yang dalam paper tu kan???????

bila di belek2 sejadah ni, rupa-rupanya MADE IN CHINA........

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............

arghhhhhhhhhhhhhh..........
arghhhhhhhhhhhhhh..........
arghhhhhhhhhhhhhh..........
arghhhhhhhhhhhhhh..........

*pengsan 5 minit...







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesi berkenalan.....

Since sejak dua menjak ni kebizian jer, so tak tau dh caner nk mula menaip di blog ni..... ok lah, gini2.... saya rasa nk bercerita serba sedikit jer psl sy....boleh yek....jom sama2 kita berkenalan....

Nama ku orang panggil Nina jer...tapi family & kwn2 skolah rendah dulu ramai yang panggil ku Ain...

Sekolah dulu masa skolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan, Kelantan dari tahun 1993 - 1998... pastu skolah menengah lak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman....dulu igtkan leh skolah menengah kat Kelantan tapi tak jadi sbb ayah sy meninggal dunia so kami se family blik lah ke kampung emak di kemaman.... kalau tak, dulu selalu jer pakcik2 & makcik2 i panggil i "Mek Siam"....hehe

bila dh belajar tu, ms PMR result tak berapa nk elok so takleh ke skolah asrama penuh so duk lah memerap lagi kat skolah di SMKSI tu....so bila SPM, sy belajar molek2 smpai berjaya then alhamdulillah, sy berjaya jejak kaki ke Universiti....

Then sekarang sy dh pun kerja...alhamdulillah, hbis jer belajar terus kerja...rezeki.....kerja kat ner? tettttt.........

ni lah serba sedikit psl saya.....salam berkenalan smua....


*gambar hanyalah hiasan...tiada kena mengena samada nk menunjuk or ape2.....heeee.....


ha, kepada sape2 yg baca post kali ni, tlg lah tinggalkan detail2 yer..nk tambah2 kenalan nih....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini Jumaat

Bangun kerja pagi ni rs mcm malas sgt2.....bangun pun lewat jer... biasa kul 5.50am dh bangun tapi arini, 06.12am baru bangun...pastu bila masuk bilik air tetiba hujan lah pulak. mula2 hujan manja2 jer pastu makin lama makin lebat... dlm hati ni berkata "napelah hari ni hujan..patut esok pagi baru leh hujan sbb leh tido lama2 sket...heee".... mls kan nk kerja... kul 7.15 am gitu baru gi kerja..dengan langkah longlai, ku turutkan jua langkah kaki ini walaupun ngantuk sgt... bila dlm train, ape lagi, smbung tido..tapi tido2 ayam jer lah..tak lena pun...

& bila hujan2 tu, opis pun jadi sejuk yg teramat sgt..... dengan perasaan mengantuk, turun breakfast.. tapi rugi jer breakfast pg ni sbb tak hbis pun maggi goreng yg ku makan.... naik jer, mls jgk rasa nk buat kerja.... mata ni mengantuk jer... sabow jer lah..kul 10.30, bos panggil meting plak dh... polo jer lah ... kul 12.15,yahooooooooooo rehat!!!!!!

ok, sy akan berhenti seketika dari menulis di blog ni sbb sabtu ahad, saya cuti so takleh update ape2..... kdg2 terpikir gak, perlu tak pakai broadband so sy leh update ape2 kat blog ni everyday without failed..... so semua, jumpa hari Isnin nnti yer...

Salam syg utk semua....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah Atirah

Hari ni result UPSR kuar kan... so sy merupakan salah seorang yg excited sgt2 sbb my niece juga amik upsr tahun ni.... tak sabar2 nk tau result dia so awl2 pagi tadi lagi sy col kak long (mak kepada atirah) utk tanya result Atirah.... haha.... result dia cemerlang gak walaupun tak dapat 5A tapi sy kagum gak r ngan Atirah ni....dapat 4A iB... BM Pemahaman, English, Maths & Sains A tapi Penulisan dia B... Atirah ni dia mmg teror kalau speaking ngan dia..tengok dia wat writing, ayat2 dia mmg superb lah.. sy akui, sy pun tak se teror mcm dia kalau wat writing... dia pun bukan layan radio2 BM ni, tapi radio2 yg ckp omputeh tu jer dia layan.....adoyai... lagu2 bhsa omputeh sumer dia tau... sy penah dengar dia nyanyi lagu Tokyo Drift, perghh kat part rap tu, dia leh jgk nyanyikan.... sesungguhnya sy kagum punyai anak saudra mcm ATirah..sbb sy akui, sy tidak sehebat dia...semoga dia berjaya dlm pelajaran dan mencapai cita2nya...amin..

ni lah Atirah, my beloved niece..I'm proud of you :)
Nk beli hadiah ape yer utk Tirah ni?

ha, dh lepas dh sorg anak saudaraku ni....ada sorg lagi yg tunggu result PMR.. ntah berapa lah dpt...tapi sy rs yg sorg ni pun bgus result dia sbb dia mmg sorg yg rajin belajar & cepat pick up... dia pun aktif kat sekolah, main sukan basikal sbb kat teganu kan mmg duk tumpu pada sukan basikal... & anak saudara sy yg sorg ni pun aktif, dia ckp dia nk berjaya mcm kwn sy si Haidar tu.

Faidhi, my beloved nephew :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeay, bos non-adooo !!!!!!!!!!!!!

yeay...........sgt happy berada di opis arini..... ni yg buat rasa ghairah nk menaip di blog ni sbb encik bos non-ado... katanya ada mesyuarat... masing2 nampak happy jer sbb bila bos ada jer, masing2 mcm stress...hahahahahah kesian encik bos sbb ada anak buah mcm sy...hahahahah

erm tadi bukak lah facebook then terbaca 1 entry psl kawin... Knowledge ni mcm berguna sgt2 kepada bakal2 pengantin yg akan kawin nnti....termasuklah sy.. tapi bukan sy nk kwin dlm ms terdekat ni yer.... ni tips yg nk dishare ngan semua di sini

"4 MAKANAN YANG DILARANG KEPADA PENGANTIN BARU"

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.
"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
*copy from facebook Mohd Azhar*

Ilmu yang bagus dan sangat2 bermanfaat.... Renung-renungkan dan selamat beramal!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya Hangin!!!!!!!!!!!

Semalam merupakan hari hangin sedunia bagi sy.. semalam sy takleh nk luahkan di blog ni sbb takut & risau terkeluar ayat2 yg tak berapa nk manis... al-kisahnya, masa kat cafe tempat kerja sy ni, cashiernyer kira ntah ape2 jer.... geram yang teramat sgt ni.... nk tau ape kisahnya yg buat sy hangin ni? ha, tengoklah gmbo kat bawah nih....

ni adalah menu yg sy mkn pagi semalam...mee goreng+sotong+air suam....sy tgk dia tekan calculator dia, utk mee RM1.50 + sotong RM2 + air suam free so total sepatutnya RM3.50 lah kan tapi dia ckp, RM3.8o.. ok masa ni takper lah lagi...

tetiba akak opis sy pun dtg letak makanan dia kat meja sy, & sy terkejut dengar harga makanan dia...

& akak opis ni pun amik benda yg sama cuma dia amik mee hoon+nasik goreng & air suam...nk tau harga makanan dia ni berapa?? harganya cuma RM2.70...

sy persoalkan kenapa harga sy lebih mhl dari harga dia sbb sy amik mee goreng ngan sotong, takder lah byk sgt pun tapi akak ni dicharge lebih murah...sy bukan geram ngan akak opis sy ni tapi geram ngan makcik cashier tu.....

so bila dh geram2 ni, sy tak turun pun lunch sbb sy geram...bila kak yong, my colleague jgk, ajak gi lunch kat bangunan sebelah, TH Selborn, sy pun terus setuju jer.....bila takder mood, so mkn pun simple2 jer....


ha,makan laksa penang jer...mintak laksa penang telur sebijik + air sirap limau....

semalam mmg hari geram..bila pagi mood dh dispoilkan, so dibawalah smpai ke petang.....



Sekian untuk entri kali ini....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sepetang di Tasik Titiwangsa

Hari Ahad tu jugak (7 November 2010) selepas bertungkus lumus membuat Mee kari & kebetulan ada buah pauh (mempelam) kat rumah, kami berempat decide nk lepak kat Tasik Titiwangsa pada petangnya.... Pokyie blik rumah dia dulu sbb takkan lah dia nk tido umah org ppuan plak kan, nnti ape plak kata jiran kan...naya ko...hehhe...sementara tunggu petang tu, masing2 tido dlu sbb dh kekenyangan yang teramat sgt..mcm ular sawa lah plak...tengah2 tido best2 tetiba Alida datang umah aku so aku pun ajak dia gi skali ke Tasik Titiwangsa ngan kami berempat...so tak der berempat dh, jadi berlima plak..

masa yg ditunggu2 pun tiba lah..kul 5.20 pm gitu, pokYie pun sampai lah....kami pun gerak naik keter Persona pokyie ke Tasik Titiwangsa...kami berkelah di tepi tasik....sbb nk cari pantai di KL ni susah.....pantai dalam tu ada tapi wat apo....nk pantai yg ada air...tapi Tasik pun, tasiklah asalkan bole lepak...

jom layan gambo2 kat bawah ni...zaasssss


sebelum berkelah, amik mood dulu... Tasik Titiwangsa

Pokyie, the only bee among the roses :)

from letf: Fana, Azhani & Alida


ha, nampak best tak? mmg best pun - ada Chacos perisa BBQ, ada buah pauh, ada air laici, air soya, air ice lemon tea, ada belacan, ada kicap, ada buah plum

ha, nampak tak ape saya nmpak? colek org pantai timur panggil....kecur liur kan..nyumnyum...

saya makan twisties ajer.....twisties mesti mau!

bila dh nk masuk maghrib, kami kena beransur pulang lah..takkan nk tido kat tasik ni plak kan..uih, tak mau lah...so jom lah kita pulang.....

berlatarbelakangkan Tasik Titiwangsa & Istana Budaya

Pokyie oyak, Tata Tasik...nnti aku mari lagi neh....*jgn marah pokyie..heee


Sekian Untuk Entri kali ni :)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ahad 7 November 2010 - pagi

Bermulalah hari Ahad, hari yang paling ku sayang sbb Isnin dh kena kerja....sbb tu ramai org asyik duk sebut "Monday Blues" jer kan...haha..so manfaatkan hari Ahad dengan sebaik2nya.....

Aku, fana & azhani bangun seawal jam 7.30am sbb nk gi pasar tani.....punyerlah semangat sbb nk buat mee kari kan...tak tau lah menjadi or tak tapi mmg harap sangat menjadi...sebenarnya plan nk buat mee kari ni tetiba jer sbb puncanya makan mee kari kat cafe tempat kerja aku tapi mee kari dia tak berapa nk best sbb takder kerang.....so bila buat kali ni, aku mmg nk buat letak kerang byk2, baru puas hati..kan?

gi pasar tadi beli sikit jer barang sbb kat Tesco smlm tak byk sgt barang yg kami nk tu ada yg fresh....so kat pasar tani Danau Kota ni kami beli kerang, tauhu, bebola ikan, kek ikan, buah2 tempatan..kerang aku beli sampai 3 kilo..haha.....punyerlah nk lepaskan geram....

so dh siap2 beli tu, mulalah mission kami iaitu membuat Mee Kari Kerang..

*resipi amik dari 1 blog & col mak & col kak long ku....campur2 resipi ni menjadi lah mee kari kerang kami...hehe

jom layan pic2 semasa & selepas siap mee kari itew....

serai, mee kuning, kerang, bawang2....& tak lupa jugak lesung.... :)

rempah ratus dari Tesco - rempah kari Baba's & bunga lawang & kulit kayu manis & mcm2 lagi

so bila bahan-bahan sudah siap sedia, kami pun mula lah memasak....yeay!!! tak sabar nk makan nih....

ha, nampak tak bahan2 semua dh dicampur..tunggu nk makan jer nih...nyum2 sedap sangat...

dh terhidang dh Mee Kari Kerang ni..

decoration yg tidak menarik tapi itu tak kisah asalkan rasa nyer sedap.... Dont judge a book by its cover org putih kata...hee

ms ni sumer dh lapar so makan smpai tak sempat nk tengok camera.. :)
yg lelaki tu lah pokyie, baju ungu tu Fana & yg bertudung tu lah
Azhani my housemate :)



Sekian lah entri untuk kali ini.....





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sabtu 6 November 2010 (versi malam)

Lepas sembahyang, duk rehat2 kejap sbb letih gak soping2 di Tesco nih.....almaklumlah, byk giler memborong barang2 utk buat mee kari & beli skali barang2 rumah.....nk tau tak ape kami beli?? hahaha.... Beli beras faiza 10kilo, sayur sawi, buah plum, buah delima, sabun basuh baju jenama Breeze, twisties mesti mau, erm ape lagi ek?? haaa mcm2 lah...mls nk taip 1,1...jenuh nnti.....

Duk ralik2 tengok tv, Fana message ckp dia dh on the way ngan Pokyie....alamak, mlsnya nk kuar & nk bersiap2...tapi demi mission nk gi makan kat William Kelana Jaya, ku turutkan jua....berperang ngan rasa malas.....sbb sbnrnya aku dh makan Mango Rice or orang melayu panggil Pulut Mangga beli ms soping kat Tesco tu.....dh kenyang tapi takperlah, sbb dh janji..tak baik dimungkiri..kankan?? heeee

Kul 10 pm lebih2 sket, kami gerak ke William tu...(kuat sungguh promote William ni kan..haha)....kedai dia buruk jer tapi tak penah tak penuh org...harga dia mak ai, ok lah tapi kalau tengok kedai nyer tu, mcm tak cayer harganye mcm tu...korang gi lah sendiri utk merasai nyer yer.....tapi walau harganya a little bit mahal, tapi boleh share sbb portion makanan tu byk sgt2.....so kami decide, nk order dua menu sahaja dan kongsi 4 org.....hahaha....bijak kan?? nk jimat ni almaklumlah kan nk raya ni..nk guna byk duit....

so layan lah gambo2 kami di William ni... tak banyak pun tapi ok lah kot kan...

haaa ni air Strawberi banana..... fana ckp, manis tapi sedap cuma aku tak rasa lah air ni..
nmpak best.....

ha, nampak....... air ni air soda ape ntah....lupa lah plak kan...tapi ni air wajib aku bila gi William sbb aku sgt suka air ni...Pokyie pun order jugak air ni sbb first time kami pergi, dia jer yg duk habiskan air aku so kali ni, dia order lah air ni....dlm air ni ada asam boi, longan, lemon & daun pudina...best weh...try lah order yer kalau gi sana....tak nyesal....gelas pun besau... :)

ha, ni plak kue tiaw Ayam kalau tak silap....ni pun kami share 4 org.... kami request nk separuh jer sbb kami tau mmg byk kalau tak request separuh ni....yg separuh pun leh share 4org, bygkan tak separuh..heeee......

ni plak lasagna Meetball...erm honestly lah, tak berapa best sbb masin...kalau tak masin,mmg best lah kot....tapi tak salah kalau nk order lagi lain kali sbb mana lah tau kan, time aku gi ni jer garam tumpah tapi lain kali takder garam tumpah dh kot...heee

So bila dh sudah2 makan, ape lagi balik rumah lah......letih & kenyang perut dh.....

fana tido umah kami mlm ni sbb umah dia kat cheras, sian dia jauh nk blik ke cheras so tido jer lah umah i.... :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sabtu 6 November 2010

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....

ni nk citer ni.....setelah keletihan sbb blik lambat dari rumah Keith (baca entri sebelum ni), so bangun pun lambat lah kan....around kul 10am cmtu baru bangun tido..teruk sungguh perangai anak dara ni kan..heeeee..nk wat cano, dh ngantuk sgt.....tapi tak kisah lah letih pun asalkan happy hari sebelumnya tu...

bangun pagi jer, my housemate dh buat mee hoon soup....best dia buat..dia pandai masak yer....take note please...heee....elok ler, bangun pagi pas mandi, terus makan kan......pas sudah makan, takder buat ape just tengok tv jer & mmg tak plan pun nk kuor. duk umah jer, jimat duit kan...duk kL ni tak mcm duk kemaman...kuor pintu umah jer, terus duit mengalir bak air...kankan? betul tak? heeee

bila dh masuk kul 2, mata mulai berat dan dan dan ZzzZzzz.....senyap terus...tido tak hengat dunia.....bangun2 jer tido, azhani buat cekodok bilis...best jgk ni.....pas makan, ops sebelum tu i mandi dulu ok.... pastu call Pokyie(kwn aku ms UiTM Dungun gak ni) bagitau dia aku n azhani nk buat mee kari.... kena umpan pok yie dulu baru dia layan nk ajak gi beli barang2 kan..hahahaha sori pokyie...

around 5.30 pm cmtu, aku, azhani & pokyie gi Tesco Ampang..punyerlah jauh dari setapak indah ke tesco ampang semata2 nk beli barang nk buat mee kari...hahaha semangat kan....kami membeli belah soping2 barang nk buat mee kari, tetiba pokyie ckp fana (kwn aku ms UiTM jugak) ajak lepak.....alahai, nk lepak mana yer???? haaaa jom William..aku plak yg bagi cadangan..mula2 igt nk jimat tapi hampeh sungguh..mlm minggu tak kuor, mmg tak sah..... so pas blik dari Tesco tu, ape2 hal pun kena semayang dulu..maghrib dh nk hbis ni oiiii....haha.....sambungan ke William dalam entri seterusnya yer...tungggguuuuuu


* layan lah gambar di bawah ni yer.....tengok akak yg buat kad ahli Tesco duk saje2 tanpa ada org buat kad, so pokyie suggest aku buat kad Tesco..haha


yeay, akhirnya aku berjaya jadi ahli Tesco.......yesyes... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jumaat 5 November 2010

ok...sori yer sbb post ni utk weekend punya cerita.... ok, pagi Jumaat ni, sempena cuti hari Deepavali, bangun jer pagi tu aku dh tak tau nk buat ape dh cuma just borak-borak jer ngan my housemate. Sape lagi kalau bukan Azhani. Tak tau ker sape azhani?? ok, let me share a little bit about her with u olss... Azhani ni kawan & sekelas ngan aku dari part 1 diploma UiTM Dungun sampai lah ke Degree UiTM Shah Alam.. Tapi ms degree, kami pisah lah sbb masing2 pilih course lain2 kan. kalau ms thn 2004 kami sekelas, kini azhani ni jadi housemate aku plak...best!!

tak mau cerita panjang, pagi hari jumaat dihabiskan begitu sahaja. Petang hari Jumaat tu, aku kena gerak gi Cheras rumah Keith sbb dia buat potluck yg bertemakan Colours of Rangoli. sebelum ke sana, aku mandi dulu....& alang-alang mandi, basuh toilet dulu yer.....rajin tak?? hehehe

Kul 3, aku gerak ke rumah Keith. Naik PUtra LRT then turun masjid Jamek then tukar train plak amik Star LRT plak. pastu turun Salak Selatan. bila dh smpai sana, abg Eric amik aku then terus ke rumah Keith. Lepak umah Keith lama sangat, kul 11 malam baru blik.. tapi sangat2 best yer, enjoy sangat.. makanan best sbb ada mee hoon soup, spageti, sandwich n macam2 lagi lah, ramai orang datang & yang paling best tu, aktiviti Kotak Beracun. pas blik dari rumah Keith tu, kami lepak2 plak di Q-Bistro kat Cheras. Lepak2 minum2 air jer...kejap jer lepaknya pastu ape lagi, balik lah...masing2 dh letih weh...hehe...mmg Hangat beb!!!

Ni ada sedikit gambar di Pot LUck kat rumah Keith tu..




*credit: photos from Kak Liza

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Welcome back NURAININA

Ya Allah, rupa-rupanya dh setahun lebih aku tak jenguk blog aku nih....dan rupa-rupanya juga dh setahun lebih aku tinggalkan dunia blog ni....aku sangat2 rindu.....Betul, sedar tak sedar banyak pengalaman dan kenangan yang telah aku lalui sepanjang setahun lebih ni. Kalau nk diceritakan mmg 3 hari 3 mlm tak hbis cerita. mmg penat lah nk menaip nnti...

dan sepanjang berehat dari dunia blog ni, byk kenangan pahit, manis, masam yg telah ditempuhi dan aku yakin, pengalamanku dgn anda semua pasti tak sama kan....kalau sama pun, tak seratus peratus lah..sipi2 jer lah kan.

Ntah kenapa, hari Khamis lepas (4 November 2010), hati aku ni membuak2 nk kembali berblog. tapi bila dh nk buat blog, ada mslh lah pulak kan. lupa password lah...so mcm2 aku lakukan, tepon org tu, tepon org ni utk tya mslah ni..nasib baik lah ada org leh tlong aku utk settlekan masalah ni..IHSAN, thanks 4 ur help. Niat utk berblog ni bukan utk mencari glamour atau apa2 tapi lebih kepada utk berbicara apa yg terbuku di hati ni.....

semoga para pencinta blog dapat terima kehadiran aku nih.....



* My new Me ~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...