RSS

Jom Support EARTH HOUR!

AUTOPUBLISH


Ketika entry ni terpublish, saya tiada di Kuala Lumpur. Saya sedang bercuti... Yeay!!!!!

Tapi even saya bercuti, saya tetap ingin ingatkan semua tentang Kempen EARTH HOUR.  Setiap tahun sejak diperkenalkan, saya memang menyokong kempen ini.  Saya tidak ketinggalan untuk memadamkan lampu bila kempen ini bermula. Alah, sejam jer kot. Takkan tak boleh kan. Kacang jer tu.

Tapi bila start jer padamkan lampu, saya akan pastikan saya berada di bilik tidur. Bila padamkan lampu, saya juga turut padamkan mata saya. Hehehe.. Tapi untuk Earth Hour kali ni, saya masih di tempat percutian. Tak pasti saya dapat menyokong kempen ni or tak untuk tahun ni. :(


Chop chop, apa EARTH HOUR ni? Ok, let me share some info with all of you guys.


Earth Hour started in 2007 in Sydney, Australia when 2.2 million individuals and more than 2,000 businesses turned their lights off for one hour to take a stand against climate change. Only a year later and Earth Hour had become a global sustainability movement with more than 50 million people across 35 countries/territories participating. Global landmarks such as the Sydney Harbour Bridge, CN Tower in Toronto, Golden Gate Bridge in San Francisco, and Rome’s Colosseum, all stood in darkness, as symbols of hope for a cause that grows more urgent by the hour.

In March 2009, hundreds of millions of people took part in the third Earth Hour. Over 4000 cities in 88 countries/territories officially switched off to pledge their support for the planet, making Earth Hour 2009 the world’s largest global climate change initiative.
On Saturday 27 March, Earth Hour 2010 became the biggest Earth Hour ever. A record 128 countries and territories joined the global display of climate action. Iconic buildings and landmarks from Asia Pacific to Europe and Africa to the Americas switched off. People across the world from all walks of life turned off their lights and came together in celebration and contemplation of the one thing we all have in common – our planet.
Earth Hour 2011 will take place on Saturday 26 March at 8.30PM (local time) 

---- info taken from Earth Hour

 Info dari Wikipedia pula mengatakan begini tapi lebih kurang jer lah maksudnya 

"Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007,[1] dan mendapat sokongan dunia pada 2008.


So what you waiting for? Lets Support This Campaign.....
When? On this Saturday, 26 March 2011 (Tomorrow)

At What time? Only One hour starts from 8.30 pm...


 picture taken from Google


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mood Jatuh Merudum

Kenapa boleh jadi macam ni ya? Saya pun tak tahu apa punca mood jatuh merudum sejak akhir-akhir ni. Yang pasti, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Bila ulser sudah sembuh, datang pulak yang lain. Batuk + sakit tekak + selesema.  Sekarang ni musim demam ker? Tapi takpa, orang kata sakit yang datang adalah untuk menghapus dosa-dosa kecil. Yer dok? hehe.....

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang berpanjangan. Amin... Think positive!!!

p/s: Sejak akhir-akhir ni, kerap rasa berdebar-debar. Kenapa ya?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JIKA SI DIA BUKAN MILIKMU DAN DOA PENDEKAT JODOH

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.


 DOA ADALAH TERAPI PALING BAIK BAGI MANUSIA SEJAGAT. BERDOALAH, MENGADULAH KEPADA ALLAH, MINTALAH DGN ALLAH DGN RENDAH DIRI KERANA DIA YG MAHA BERKUASA.

‘jika Allah menolong kamu, maka tidak ada sesiapapun yang dapat mengalahkan kamu, dan jika Allah membiarkan kamu(tidak memberi pertolongan) maka siapakh gerangan yang dapat menolong kamu (selain) daripada Allah sesudah itu? [al imraan:170]
pohonlah dari Allah, Tuhan yang Maha Baik dan Penyayang.

jika kau meletakkan harapan padaNya, menyatakan kecemasan dan mengharapkan kebergantungan kepadaNya, maka sesungguhnya Allah amat suka sedemikian.

tapi jika kau pilih anak Adam juga untuk diminta sesuatu hajat, impian dan pertolongan, maka itulah selemah-lemah tempat bergantung.
mintalah pada Allah yang tidak pernah menutup pintu pemberian. Allah murka jika kamu tidak meminta dariNya, sedangkan anak Adam, marah apabila kau meminta-minta daripada mereka.
tak ingatkah kau dulu, tatkala kau berharap pada manusia, betapa teruknya telah kau dikecewakan?

lupakah kau satu masa dahulu, kau pernah meletakkan harapan pada manusia, dan akhirnya betapa takut dan cemasnya manusia itu dengan harapan yang kau letakkan pada pundaknya?


P/S : jika dia bukan milik kita pasrahlah dengan kehendak yang ditentukan….Allah adalah yang terbaik dia tahu ape yang terbaik untuk kita….




--->> Entry ni saya copy dari blog Nalin .. Thanks Nalin, kasi saya copy entry ni. Sangat-sangat bermanfaat untuk renungan semua :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bonda Yang di-Pertuan Agong Mangkat

 Bonda Yang di-Pertuan Agong Mangkat

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Kelang, Selangor pada pukul 1.22 pagi Isnin.

Jenazah almarhum dijangka dibawa pulang ke Kuala Terengganu pada pukul 10 pagi ini melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, kata Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini hari ini.

-- BERNAMA 


AL-FATIHAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JAR OF HEARTS - Christina Perri

Hari ni sehari di office, saya duk melayan lagu ni. Sangat best lagu ni.. Lirik nya sangat bermakna. Jom layan.....

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

 I know I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are


I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And I've learned to live half alive
And now you want me one more time
And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are

Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all
Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/c/christina_perri/#share


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ouchh ulser ini membunuh seleraku..

Dua tiga hari ni selera makan macam menjauh jer.  Gara-gara ulser yang ada kat gusi ni. Dan hari ni, macam ada 1 lagi tempat ulser. Bawah lidah.....

Oh,  ulser buatkan selera kita terbang macam tu jer. Hidanglah makanan yang best-best pun tapi kalau dah ada ulser, mampu pandang jer lah. Pedih woo....

Saja jer nak bercerita pasal ulser ni. Nak manja-manja sikit..heheheh..Jangan marah yer....

Oh yer, dari minggu lepas saya tak sempat nk update entry baru. Dalam draf dah ada cuma tak publish jer. 

Nak tau, Jumaat minggu lepas, saya dapat arahan dari bos untuk join meeting untuk membuat kapsyen untuk Buku Coffee Table Book Che Det. Buku ini dalam proses akhir dah.  Pasni dapat jumpa Che Det masa pelancaran buku ni.. yeay!!!

Sebenarnya bukan meeting sangat pun tapi lebih kepada work grouping. Nak gempak panggilah meeting. Work grouping ni bermula kul 3 petang hingga kul 9 malam. Mak aih... Cramp badan duk atas kerusi mengadap laptop jer. Ingatkan habis lah hari Jumaat lepas tapi rupa-rupanya tidak.

Work grouping ni bersambung hari Isnin dari kul 10 pagi hingga 8.00 malam... Hari Isnin tak sempat siapkan, bersambung lagi ke hari selasa. Hari Selasa pun sama. Bermula kul 10 pagi sampai malam. Tak siap jugak lagi, sambung hari Rabu (16 Mac 2011), dari kul 3 petang sampai 8 malam juga.

Ha ko... work grouping ni memang lama dan memenatkan but i really enjoy.... Sebab menambahkan ilmu-ilmu di dada dan menambahkan maklumat-maklumat yang penting yang boleh dikatakan menjadi sejarah penting dalam hidup... Kahkahkah.. Ayat takleh blah....hehehe

Kerja dengan organisasi media, memang best. 1st u dapat kenal dengan ramai orang. Tu yang penting. 1 lagi, dapat tambah ramai kenalan sebab saya memang kena berhubung dengan agensi-agensi media lain; dalam dan luar negara.... Seronok... Hingga hari ni, saya tak percaya saya membuat kerja lari dari bidang yang saya belajar. cuma yang sama, saya masih berhubung dengan pelanggan......

Ok...... nak pergi cari makanan jap. Lapar.. Makan sikit-sikit takpa janji kenyang. Ulser oh ulser......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tambahan RM4 Bln Subsidi Jika Harga Minyak Tidak Diselaras, Kata Najib

Jarang dah baca paper sekarang. So masa buka web BERNAMA.com tadi, saya rasa nak share apa yang saya dah baca tadi. Kawan-kawan pernah cakap kat saya macam ni "apa lah ko ni....kerja ngan company media tapi current issue pun tak tau....."...kahkahkah..padan muka saya. So berita pasal subsidi ni saya dah tahu lah.... :p


Tambahan RM4 Bln Subsidi Jika Harga Minyak Tidak Diselaras, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kerajaan dijangka menanggung RM4 bilion dalam subsidi sekiranya tiada pelarasan dibuat terhadap harga minyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu.

Beliau berkata ini merupakan tambahan kepada RM10 bilion dalam subsidi yang diperuntukkan untuk tahun ini.

"Sama ada terdapat keperluan untuk menyelaras harga minyak, ia akan bergantung kepada inflasi," kata beliau pada sidang akhbar selepas taklimat Lembaga Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

"Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global," kata beliau.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited kepada program rasionalisasi subsidi tetapi ia akan dilaksanakan secara perlahan-lahan dan disasarkan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

Perdana Menteri berkata defisit kerajaan akan bergantung kepada jumlah perolehan yang diperoleh kerajaan berbanding dengan berapa banyak peningkatan subsidi, khususnya jika tiada semakan semula dari segi harga petrol, diesel dan perkara yang lain.

Beliau berkata langkah berkenaan akan diambil sekiranya harga terus meningkat melebihi tahap kritikal dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

Ini termasuk memastikan permintaan domestik terus pada paras yang tinggi, terutamanya penggunaan persendirian dan pelaburan oleh sektor swasta, kata beliau.

"Pelaburan sektor swasta telah berkurangan sejak beberapa tahun lepas tetapi dengan pengenalan ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat," ujar beliau.

"Peningkatan berterusan inflasi, akan terus memberi kesan terhadap pengguna," kata Perdana Menteri.

Krisis hutang negara masih boleh diurus, kata beliau.

Najib berkata pada masa ini, tidak keperluan untuk pakej rangsangan kecuali terdapat kemelesetan ekonomi dunia yang teruk.

"Apa yang kita lihat sekarang ialah pertumbuhan rendah sederhana," katanya.

Najib berkata dengan terdapat peningkatan trend dari segi harga hartanah, ia masih boleh diurus dan kerajaan memantau trend harga berkenaan.

"Kita juga melihat kepada bekalan, sama ada bekalan rumah mencukupi dalam lingkungan RM200,000 di Lembah Klang."

Najib berkata krisis kewangan yang berlaku di Amerika Syarikat tidak akan berlaku di Malaysia memandangkan terdapat kawal selia yang ketat.

"Kerajaan komited untuk mencapai pertumbuhan yang disasarkan sebanyak enam peratus setahun melalui projek-projek ETP dan memastikan permintaan domestik pada paras yang kukuh.

"Bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran kerana pertumbuhan dunia yang perlahan berbanding dengan 2010 dan ini mempengaruhi eksport barangan pembuatan."

Beliau berkata sektor perbankan masih kekal kukuh, menyumbang 11.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2010.

Dari segi hutang isirumah yang dilaporkan meningkat, beliau berkata ia masih boleh dikaswal walaupun pada peringkat individu terdapat kebimbangan yang orang ramai tidak seharusnya terlebih pinjam.

Kerajaan memantau keadaan berkenaan, kata beliau dan menambah yang pinjaman tidak berbayar masih di paras rendah.

Dari segi penyertaan ekuiti bank asing, Perdana Menteri berkata terdapat trend yang meningkat dan ia akan dipertimbangkan atas dasar merit.



-- BERNAMA




 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kembalikan Senyumanku...

Khamis 3 March 2011 

Terima panggilan kecemasan dari emak yang mengatakan Aki (atuk) ku tenat. Tak buang masa, terus minta kebenaran dari bos untuk pulang ke Kemaman dengan kadar yang segera...

Alhamdulillah, 3 jam memandu dari KL ke Kemaman (5.30pm-8.30pm), sampai sana terus pergi rumah Aki. Aki semakin stabil. Alhamdulillah, syukur ya Allah.



Ahad 6 March 2011

9.20 am:  Terima panggilan dari emak. Masa ni tengah mamai sebab baru jer bangun tido.  Sudah bagi salam kat mak, rupa-rupanya ada berita tak gembira.

Mak : Ain (family panggil saya Ain tapi kawan-kawan panggil saya Nina), sabar banyak-banyak....Jangan terkejut yer....

Saya: Yer Mak. Apa dia? (Dalam keadaan yang dah sedia, saya tau tentu ada berita sedih yang akan Mak bagitau. Berita kematian mungkin & dalam kepala terus ingat Aki)
Mak : Ain (sebak), Ayah Tam dah meninggal.

Saya : Ha???????????? Innalillah...

Mak : Ayam Tam dah meninggal pagi tadi. Accident. Dilanggar lari.

Saya : Ya Allah. Baru jer jumpa Ayah Tam Jumaat aritu.

Terus tangan saya menggigil. Sungguh saya tidak bersedia dengan berita ini. Pemergian Ayah Tam sangat-sangat memeranjatkan. Saya rapat juga dengan Ayah Tam kerana selepas Abah saya meninggal, Ayah Tam lah menjadi tempat kami adik beradik bercerita. Kini, Ayah Tam dah tiada.  Semoga orang yang melanggar Ayah Tam tu akan tampil untuk menyerah diri.  Tolonglah...

Dan kini, setelah 4 hari Ayah Tam meninggal dunia, saya masih terbayang kan wajah Ayah Tam. Serius saya rindu Ayah Tam.


Ayah Tam dalam kenangan :"(

Banyak juga dugaan yang mendatang sekarang. Namun saya tahu saya perlu tabah.



Kembalikan Senyumanku :"(


Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Lama- Wedding Abg Faizal

Al-kisahnya, wedding Abang Faizal ni dah lama lepas. Dah lama sangat sebenarnya nak bercerita pasal kejadian ni tapi nak buat caner, kebizian yang takleh dielakkan (alasan lagi!!).. Because dah lama sangat duk terperap dalam draf, so nak tak nak kenalah buat story telling sket pasal wedding Abang Faizal nih. Sori bro...Dan sory juga kepada yang membaca. Hehehehe.... Oh lupa, Abang Faizal ni kawan baik My sis, Acik.


Tarikh kejadian: 12 Disember 2010
Tempat Kejadian: Dewan di Setapak Indah (tak tau nama apa entah dewan tu...hehe)
Time: 11.00 am ke atas.
 



2 orang budak perempuan kat atas ni adalah sepupu saya & anak saudara Abang Faizal. Nama Abby & Dayang. Budak-budak ni berkenalan time wedding ni lah.  Berkenalan sekejap jer terus jadi mesra.  Comey jer....


Ni adalah isi kambing bakar. Best tu tak da lah best sangat tapi boleh lah.  Dalam keadaan perut yang kosong + lapar, apa-apa makanan pun jadi best. Yer dok? hehe



Azhani & her sister, Azhana.  Time ni Azhana kebetulan datang rumah kami so dengan dia-dia skali saya paksa ikut ke kenduri kahwin abg Faizal ni.  Dia pun dengan rela hati nak ikut sebab lapar. Hehe.  Gambar ni terpaksa di black & white kan because gambar ni sedikit blur. So ni kira cover line lah ni.. kahkahkah



Ni first time pakai tudung gaya macam ni masa kenduri ni. Sehari sebelum tu gi beli tudung ni kat pasar malam Jalan TAR. Tak selesa pakai macam ni sebenarnya. Almaklumlah, First time kan. What do you expect? Kahkahkah.



Azhani & Azhana = Makan jangan tak makan.



Ha, percaya dah lah kan kejadian ni berlaku pada 12 Disember 2010 kan. Ni dari pihak pengantin lelaki kepada tetamu. Terima Kasih Abang Faizal :)




Me & Azhani. Posing-posing dulu sementara menunggu ketibaan pasangan pengantin.




Hiasan meja. Dah sampai tahap bosan lah ni kalau gambar macam ni pun nak snap. Huhu




The pelamin. Simple tapi cantik. I like this pelamin. Decoration of the pelamin tu, kakak saya yang buat. Pakai hentam jer katanya.  Dia buat secara main-main pun menjadi cantik tapi kalau bagi kat saya buat secara serius pun belum tentu leh jadi macam ni.  Oh yer, saya bukanlah insan yang berseni (pengakuan yang jujur dan ikhlas. kahkahkah)



My sister, Acik.



Pengantin pada hari kejadian - Abang Faizal & Kak Weyn.  Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin :)



Cenderahati untuk tetamu yang datang juga. Saya yang buat cenderahati ni. Oh jangan terpedaya. Saya just tampal riben & tampal sabun tu jer. Yang bakul mengkuang ni ditempah dari Terengganu. Murah jer u olss...




Me & my cousin - Abby. Comey budak ni. Tahun depan masuk darjah 1 dah (kalau tak silap lah.)



Ni anak kawan kakak saya. Namanya tak ingatlah. Tapi budak ni cute jugak.  Baik jer dia sebab tak kisah siapa-siapa pun yang nak dukung or main-main dengan dia.  Mmuah :)



Suka snap gambar mereka berdua ni.  Gandingan mereka berdua membuatkan mereka kelihatan comel sangat. *yer, saya suka budak-budak sebenarnya* ... Hehe



Gambar candid. Sian acik dia tak perasan gambar ni di snap. Bunga telur ni pun acik yang buat. Dia memang seorang yang kreatif! Salute you...


Sekian lah cerita tentang Wedding Abang Faizal ni. 

Terima kasih kerana sudi membaca entry ni :)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagu yang menyentuh perasaan - What Are Words by Chris Medina

Perghh...

Bila hayati lirik lagu ni, sangat2 menyentuh perasaan ku.  Lagu ni mempunyai maksud yang sangat mendalam. Punyalah dia cintakan tunang dia walaupun tunang nya tu dah tak mampu berbuat apa2.


Chris Medina - What Are Words :)

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
Anytime you whisper my name, you’ll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I’m meant to be where I am
And I’m gonna be
Standing right beside her tonight

And I’m gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
And I’m gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I’m forever keeping my angel close

Ni plak video yang menjadikan dia terkenal. Dan sesungguhnya saya kagum dengannya, Seorang yang setia



*For this entry, saya membuang lagu di blog ini. sama-samalah kita hayati nya. meleleh air mata tengok video ni....huhu*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dia Milikku :)

Lagu Dia Milikku ni sangat dekat dengan diriku sekarang. 

Tak tahulah kenapa. Even my caller ring tone pun saya guna Dia Milikku.  Dia Milikku - terlalu general maksudnya. Tapi bagi saya, lagu ni sangat2 bermakna sekarang.

Seandainya "Dia" milik saya, pergi ke planet paling jauh sekalipun, "Dia" tetap milik saya tetapi seandainya telah Allah takdirkan "Dia" bukan milik saya, saya mengejar "Dia" 24 jam sekalipun, "Dia" tetap bukan milik saya.

Betul kan? Saya berpegang kepada kata-kata "Dia" - JODOH, PERTEMUAN,  adalah di tangan tuhan.  Sebab itulah saya betul-betul redha sekarang.  Mood saya ketika ni, ntahlah.. Sukar untuk digambarkan.

Ni lirik lagu DIA MILIKKU

Semula ku tak tahu
Engkau juga kan ingin memilikinya
Bukankah ku lebih dulu
Bila engkau temanku
Sebaiknya tak mengganggu

Reff I :

Dia untukku
Bukan untukmu
Dia milikku
Bukan milikmu
Pergilah kamu
Jangan kau ganggu
Biarkan aku
Mendekatinya

Kamu
Tak akan mungkin
Mendapatkannya
Karena dia
Berikan aku
Pertanda cinta
Janganlah kamu banyak bermimpi...ohh
Dia Untuk aku

Bukankah belum pasti
Kamu juga kan jadi
Dengan dirinya

Dia yang menentukan
Apa yang kan terjadi
Tak usah mengaturku


Reff II :

Dia untukku
Bukan untukmu
Dia milikku
Bukan milikmu
Lihatlah nanti
Lihatlah saja
Biarkan aku
Mendekatinya

Kamu
Tak akan mungkin
Mendapatkannya
Karena dia
Berikan aku
Pertanda juga
Janganlah kamu banyak bermimpi oohh

Kusarankan engkau mundur saja...ooo



p/s: I will Fight For This Love :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Emergency Call

Patutlah hati ni rasa ingin pulang ke kampung....

Rupa-rupanya ada berita buruk yang saya terima tadi.  Atuk kesayangan saya sekarang tenat.  Saya kena pulang ke Kemaman sekarang juga.  Tadi saya dah minta kebenaran dengan Encik Bos untuk pulang ke kampung.  Saya kena sampai sebelum apa-apa terjadi.  Saya tidak mahu menyesal dan menjadi cucu yang tidak mengenang budi.  Saya tidak mahu menyesal. Yer saya tidak mahu menyesal.  Masa balik cuti CNY bulan lepas, atuk saya bagitau abang saya bahawa dia mahu berjumpa saya. Tapi kerana banyak hal yang perlu dibereskan, saya tidak sempat untuk melawat atuk saya. Dan kini saya menyesal.

Saya berharap sangat saya sempat jumpa atuk saya malam nanti.  Semoga Allah makbulkan doa saya. Saya takut!

Ya Allah, berikan kesempatan kepadaku untuk berjumpa orang yang ku sayang. Amin

Tolong doakan semoga saya selamat sampai ke Kemaman. Dan Semoga saya selamat kembali ke KL nanti.  Semoga perjalanan selama 3 jam sebentar lagi smooth jer..


Terima kasih kerana sudi membaca entry saya ni. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terasa mahu pulang ke kampung

Bila duduk berjauhan dari family, kerinduan sangat2 tak boleh dielakkan.

Even saya dah tinggal di KL ni almost 3 years, tapi home sicks masih  menebal dalam diri ini. Saya rindukan family saya, emak saya, & paling dirindu, anak saudara yang paling kecil. Namanya Qalesya. 



Nak Balik Kampung!!!!!


Terima kasih kerana sudi membaca entry saya yang tak seberapa ni....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...