RSS

Dugaan datang lagi

Dah lama tak update apa-apa di blog ni.

Keterbatasan masa membuatkan saya terpaksa melupakan seketika dunia blog yang sungguh menyeronokkan ini. Sharing something with you guys buatkan saya happy. Adakalanya ada juga perkara personal yang saya rasa tak perlu saya share kan di sini.

Tapi perkara yang akan saya ceritakan di sini adalah perkara yang saya pendam, & saya ingin luahkan di sini. Tak tertanggung rasanya apabila perkara ini terjadi.

1) Saya amat seronok sebenarnya bekerja di sini tetapi oleh kerana 1 sebab yang timbul, saya jadi sangat2 tawar hati dah untuk terus mencari rezeki di sini. (hope my officemates tidak membaca blog saya ini.  Kerana kebanyakan dari mereka tidak tahu saya ada blog & saya juga tak kasik mereka baca blog saya....saya ni pemalu orangnya..hehe)
2) Perpisahan yang terjadi; samada dengan kawan atau orang yang kita sayang, adalah satu perkara yang sentiasa akan terjadi.  Saya sayangkan seseorang tetapi kenapa saya sering di uji.  Betul ada pendapat mengatakan, kita sukar untuk dapat apa yang kita mahu kerana Allah hanya memberi apa yang kita perlu.

3) Saya sedar saya kena redha dengan apa yang terjadi dalam hidup saya kerana kini Allah sedang aturkan sesuatu yang terbaik untuk saya.  Walau saya menangis sekalipun, perkara yang lepas takkan berulang lagi. Betul kan? 

4) Yang berlalu takkan berulang, Yang pergi takkan kembali, Yang patah tumbuh dan yang hilang berganti - kata-kata ini sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir, jangan terlalu berharap kepada perkara yang telah berlalu. Dan jangan terlalu meletakkan harapan pada sesuatu yang tak pasti. ini lah yang saya alami sekarang.  Saya berharap sangat kepada seseorang tetapi saya tak tahu samada saya akan bersama dia atau tidak *redha*

5) Saya tau saya tidak berseorangan dalam melalui dugaan yang datang ni. saya masih ada keluarga, sahabat & teman di sekeliling saya. Life must go on.

---- >> Ya Allah, makbulkan doaku ya Allah. Semoga hajat saya yang telah lama saya idamkan akan tercapai juga tahun ini. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mode: Busy

I am quite busy and will be offline for the whole week. There will be no new entry from me. Sorry for inconvenience occur. See you guys next week. 


Lots of love;

Ain Nina Aziz


p/s: akan cuba untuk buat entri baru even busy. insyaAllah :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pemain Dan Jurulatih Terima Habuan RM65,000 Seorang Juarai Piala AFF Suzuki

Pemain Dan Jurulatih Terima Habuan RM65,000 Seorang Juarai Piala AFF Suzuki

PUTRAJAYA, 12 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan pemberian insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang kepada 25 pemain dan jurulatih bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lepas.

Setiap pemain dan jurulatih diberikan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun, kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana, di sini Rabu.

Pada majlis yang turut dihadiri menteri-menteri kabinet, Najib berkata imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara.

Katanya Kementerian Belia dan Sukan akan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya bagi kemudahan pemain.

Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung kalinya dengan menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 setelah menang 3-0 di sini dan kalah 2-1 di Jakarta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perhatian Kepada Mereka Yang Merancang untuk Bercuti Ke Bukit Bendera

Kepada sesiapa yang ingin melancong dan bercuti ke Bukit Bendera, di sini ada info yang ingin saya kongsikan kepada anda.




GEORGE TOWN, 10 Jan (Bernama) -- Perkhidmatan kereta api kabel Bukit Bendera, yang dijangka menyambung semula perkhidmatan selepas kerja-kerja menaiktaraf pada akhir bulan ini, kini ditangguh sekurang-kurangnya untuk sebulan lagi.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Negeri Lim Hock Seng berkata kontraktor sedang memasang talian dawai untuk tren selepas koc-koc baru buatan Switzerland telahpun diletakkan di atas landasan.

"Kerja-kerja pemasangan di peringkat akhir dan kami menjangka perkhidmatan kereta api itu disambung semula menjelang akhir bulan depan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Isnin.

Sebelum ini, perkhidmatan kereta api berkabel berusia 87 tahun itu dihentikan operasinya pada 22 Feb tahun lepas untuk kerja-kerja naik taraf oleh Kementerian Pelancongan dengan kos RM63 juta.

Projek tersebut dijangka siap Disember lepas dan perkhidmatan dijangka disambung semula akhir bulan ini.

Bagaimanapun, Lim menjelaskan kelewatan menyiapkan projek tersebut adalah kerana kontraktor menghadapi kesukaran dalam mengalihkan jajaran di stesen pertengahan di bukit peranginan itu.

"Mereka juga memerlukan masa untuk kerja-kerja asas tapak di stesen pertengahan serta pemasangan kabel dari stesen bawah ke stesen kecil Tenaga Nasional Berhad (TNB) di puncak bukit," katanya.

Selepas selesai kerja-kerja naik taraf itu, setiap koc baru berhawa dingin itu boleh membawa sehingga 50 penumpang dengan masa perjalanan sehala selama 10 minit.

Di bawah sistem baru perkhidmatan, penumpang boleh sampai ke puncak bukit itu tanpa menukar tren di stesen pertengahan.

Bukit Bendera ialah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di sini dan perkhidmatan kereta api berkabel itu mula diperkenalkan pada tahun 1923, satu-satunya perkhidmatan seumpama itu dalam negara.



-- BERNAMA


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengguna Blackberry - Anda Tak Perlu Risau :)

Sebenarnya dah banyak sangat rumors pasal Blackberry namun berita di bawah ni mampu membuatkan pengguna-pengguna Blackberry di Malaysia lega selepas membacanya :)


Rais: Malaysia Will Not Ban Blackberry Use

KUALA LUMPUR, Jan 10 (Bernama) -- Malaysia will not ban the use of the Blackberry smartphone as of now as it has not caused any problem with regard to security, culture and administration, said Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.

However, he said, if there were sections of society with the facts to prove that the Blackberry phone were causing problems, the ministry through the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), would investigate the matter under the country's existing laws.

"If there are problems (from Blackberry usage), I want to receive the evidence from Malaysians themselves. Therefore, we should not act hastily on this matter," he said after a meeting with Culture Department directors, Monday.

He was referring to reports that the Indonesian government planned to ban the use of the Blackberry phone in the republic if its order for the service provider to implement pornography blockers and to create a server is not adhered to within two weeks.

Rais said the MCMC had already done a study and found that Malaysia also did not face the problems experienced by Arab Saudi and India involving the use of the smartphone.

Asked whether Malaysia would ask the telecommunications company to create a server in this country, Rais said it was a commercial matter and should be considered in the context of whether the company had breached the law under the Communications and Multimedia Act 1998.

"So far, I have not been informed of any breach of the law, so it's not proper at this juncture to say what action can be taken as there have been no reports (complaints)," he said.

-- BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perbezaan Pendapat Punca Misbun Letak Jawatan, Kata Ahmad Shabery

Terjawablah sudah persoalan tentang Punca Perletakan Jawatan Misbun Sidek :)


Perbezaan Pendapat Punca Misbun Letak Jawatan, Kata Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih pemain perseorangan badminton negara adalah bersifat teknikal mengenai aspek kejurulatihan dan bukannya bersifat peribadi, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Berdasarkan luahan hati Misbun, keputusannya meletak jawatan daripada BAM (Persatuan Badminton Malaysia), sehari sebelum tahun baru ialah berdasarkan perdekatan berbeza dalam aspek kejurulatihan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Sukan Malaysia, di sini Isnin.

Ahmad Shabery berkata rumusan tersebut berdasarkan pertemuannya dengan Misbun, presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh dan ketua pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong, malam tadi.

Beliau berkata pada pertemuan antara mereka berempat, " Datuk Nadzmi memberi pandangannya mengenai isu yang sama dan (beliau juga) akan membawa luahan hati Misbun kepada mesyuarat exco BAM pada Rabu ini."

"Terpulang kepada exco badan induk badminton negara untuk memutuskannya," dan mahukan mesyuarat exco BAM untuk membuat keputusan menang-menang agar tidak memberi kesan kepada sukan tersebut memandangkan jasa Misbuk kepada kejayaan pemain badminton negara tidak boleh dinafikan, katanya.

Ahmad Shabery berkata pada pertemuan tersebut Misbun turut menafikan khabar angin bahawa dirinya dan anak didiknya, pemain badminton perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mempunyai agenda peribadi.

"Ada khabar angin mengatakan kedua-dua mereka mahu menubuhkan sebuah badan atau kem profesional selepas keluar dari BAM. Misbun menafikan wujudnya perancangan tersebut," katanya.

Chong Wei sebelum ini menyatakan hasratnya untuk keluar dari BAM dan menyertai `sifunya' selepas Misbun, yang melatihnya selama enam tahun, meletak jawatan.

Ahmad Shabery berkata jasa Misbun kepada kejayaan pemain badminton negara tidak boleh dinafikan.

-- BERNAMA

photo taken from Official Blog of Misbun Sidek

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ce dengar lagu ni .. Best Weh!

Mula-mula my junior yang suggest kan saya untuk dengar lagu ni. Tak sangka plak best lagu ni. Ce dengar ce dengar...

Jom layan :)


Tanya Pada Siapa by Angelika


Tanya sama pokok , Kenapa bergoyang
Nanti pokok bilang , Ada monyet yang goncang
Lagi-lagi duka , Lagi-lagi lara
Kau katakan aku yang mula semua

Oh kau telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidka mengerti

1,2,3 langkah kita bermula
4,5,6 siang tanpa kelam
7,8,9 kau kuibarat intan
setia mentari terus menerangi

@Hari demi hari masa lemas terjalan
Sinaran mentari seakan bosan
Kau kata ku tak setia , Ku bilang kau gila
Hubungan kita ada yang tak kena

#Antara oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata , siapa yang harus disalah

Ulang * (2x) , ulang @ , ulang # , ulang * (2x)

Antara Oh lelaki dan wanita yang bercinta
Bila cinta tak sekata kita mula bertanya
Kenapa , mengapa.. kenapa oh mengapa
Siapa yang harus disalah

Oh.. Kau tlah mencuri
Oh Hatiku , pulangkanlah
Oh semula, ku tak mahu
Oh cintaku , kau miliki

Oh kao telah mencuri seluruh hatiku
Dan kini ku minta kau pulangkan semula
Kerna ku tidak mahu cintaku dimiliki
Orang yang tidak mengerti..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sungguh Secocok Pasangan Ini



Wow!!! Hensemnya Si Lelaki ini & Cantiknya Perempuan ini

Mereka memang pasangan yang secocok

 Ha ce teka ce teka siapakah orang dalam potret ini?

Nanti saya akan bercerita dengan lebih lanjut 
kisah tentang potret di atas dalam entry lain.
Tunggu yer :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ku Jadi Baby Sitter :)

Masa balik bercuti sempena cuti New Year minggu lepas, saya hanya terperapjer kat rumah.  

Eh jap jap. Tak tak. Lupa plak. Saya kuar gak rumah Hari Jumaat tu sebab mengikut Along & Family pegi Kuantan. Tapi citer gi Kuantan saya akan citer di next entry yek. hehe

Jumaat 31 Disember 2010, saya jadi baby sitter. Hik hik hik. Nak gelak pun ada. Sebab saya suka main-main dengan baby tapi part dia buat mustard or uk uk uk (paham paham jer lah yek), saya jadi tak suka. Hehe. Sebabnya, saya geli nak basuk uk uk dia tu. *caner ko nak kawin ni makcik oiii*

Abang saya tinggal anak saudara saya ni, oh Qalesya namanya, kat rumah masa saya balik. Alah tinggal kejap jer pun sebab abang bawak mak pegi anta Pulut Kuning kat rumah saudara-saudara. Oh, FYI, pulut kuning ni kak Long saya buat sempena anak dia dapat 8A masa PMR baru-baru ni. Ni kisah anak saudara saya tu (sini).  

Qalesya ni plak, bila dia jarang nampak muka saya yang cantik ni cute ni (cute ke? kekeke) sebab almaklumlah saya kan jarang ada kat rumah sebab dah jadi anak perantau, dia tak mau lah duk lama-lama ngan saya.

Bila dia dah start nangis, saya mula panik. Ape aku nak buat ni??? Masa tu macam-macam idea kuar kat kepala; bukak Astro Ceria, bawak kuar kat kawasan beranda rumah, bagi susu & macam-macam lagi lah.Bila duk luar, dia senyap lah sebab dia suka tengok air hujan tapi bila masuk umah balik, dia nangis balik.

Saya kebuntuan....  TIBA-TIBA... JENG JENG JENG.......

Saya buka Astro OASIS then bagi Qalesya dengar. Dia terus senyapppppp.....

Happy nyer saya sebab berjaya diamkan budak tecittt nih. Menurut kata ibu & bapanya, dia memang suka nonton Astro Oasis terutama nya yang zikir-zikir sebelum azan tu.

Jom layan pic-pic Qalesya tengah tengok & dengar zikir-zikir di Astro Oasis kul 1 tengahari, hari Jumaat di hari kejadian..

Tengok.... Punya lah khusyuk dia tengok sampaikan siap boleh baringkan dia lagi.  Syok sangat tengok dia time ni. Comey.  Time ni, kalau buat-buat tutup mata dia pun, dia kan tepis dan bagi lah apa-apa pun, dia tak kan layan nye.... Saya baringkan dia & letak Mickey mouse tu sebelahnya. Dia layankan ajer ape Acu dia buat. Hehe
Mula-mula dia buat tak tau jer saya amik pic dia. Tapi bila dah banyak kali dengar flash, terus dia pusing. Ha koooo... Bulat matanya.... kahkahkah *gelak jahat*.. Sian dia, konsentrasi terganggu. Sian dia gak sebab ada mak saudara macam saya yang suka mengusik dia. Hehe
Time ni dia malas nak layan dah. Dia sambung balik tengok tv. Haha
Acu, please do not disturb me!!!
Qalesya dah siap bagi jelingan tajam dia dah. Muka macam nak nangis pun ada dah time ni sebab ku mengganggu konsentrasi dia. Hahaha *gelak jahat lagi*

Apa pun, menjaga Qalesya sangatlah seronok.  Dia sangat baik & tidak banyak meragam. Dan 1 lagi, dia sangat comeelllllllllllllllll....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Follower ke-100 saya - Ana Ayesha




Terima kasih diucapkan kepada Ana Ayesha kerana menjadi kawan saya yang ke-100.


To Ana Ayesha, diharap sudi contact saya melalui message or komen.


Kerana ada something yang saya ingin hadiahkan kepada anda.


Kepada rakan-rakan yang lain juga, TERIMA KASIH kerana sudi menjadi rakan saya di sini.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"Blog Aku, Bukan Privasi Lagi"

Hai, bertemu lagi kita dalam rancangan tag & tagging. Chef Ain Nina akan terangkan cara-cara untuk memasak Mee Hoon Tomyam. Hehe. Mengarut dah ni kan. Baiklah, kita straight to the pointer point ajer.



Ok, kali ni saya di tag oleh my ex housemates, Kak Nut.

Saya sahut cabaran kak Nut itew.... 1,2,3 saya mula dari sekarang...

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya jawab soalan yang dikemukakan 

1) Describe Blog Anda. ( Simplest is the best )

Blog Ain Nina Aziz : tentang kisah hidup yang dilalui sehari-hari, information sharing terutamanya tentang tips dan ilmu yang diketahui, current issues yang dikongsi berdasarkan pembacaan di web, newspaper etc., luahan rasa yang terbuku di hati samada melalui penulisan, lagu & segalanya serta mengeratkan hubungan dan menambah kenalan secara tak langsung. 

"Colours of Life"


Fuhh nampak senang jer soalan dia, tapi agak sukar juga nak memberikan jawapan. hehe
Baiklah, saya mahu tag 3 orang kawan saya di blog ini :

1) Mash
3) Dilla


Sekian, Terima Kasih :)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejarah Oh Sejarah

Honestly, sebenarnya saya sangat tidak suka kepada subjek sejarah sebabnya adalah terlalu banyak sebab.

Antara sebabnya adalah:

1) Tarikh -- Terlalu banyak tarikh yang nak kena di hafal. Betul dok? Saya tidak suka menghafal. Serius! Bila terlalu banyak sangat tarikh, saya dah tukar-tukar kan tarikh tu dengan peristiwa-peristiwa yang tak berkaitan. Suka-suka hati aku jer tukar tarikh tu. Kahkahkah

2) Buku Sejarah banyak sangat tulisan -- Betul kan apa yang saya kata ni.  Buku sejarah sangat tidak menarik sebenarnya. Ni buku yang masa saya belajar dulu lah. Sekarang punya buku Teks Sejarah, saya tak pasti lah pulak caner rupanya. Masa time saya sekolah-sekolah dulu, sangatlah bosan belajar ni. Tengok buku pun dah muak.  Saya juga curiga caner lah kawan-kawan siap boleh dapat A untuk subjek sejarah. Haaaa tiru buku yer? Bawak nota yer? time tu mulalah buat spekulasi sebab orang lain dapat A subjek sejarah masa exam, saya dapat C. hahahaha.... Rasa macam nak bagi cadangan jer kat Kementerian Pelajaran. Cadangan saya, buat buku Sejarah biar penuh dengan gambar-gambar & grafik supaya pelajar-pelajar mudah paham. Setuju dok?

3) Cikgu yang ajar subjek Sejarah tak Best -- Dulu, cikgu yang ngajor Sejarah saya sangatlah tak best. Dia ngajar dengan cara baca jer apa yang tertulis kat buku tu. Cikgu oooo cikgu, kalau lah nak baca straight apa yang tertulis kat buku tu, baik saya baca kat rumah jer cikgu oii.... Sian cikgu ada anak murid macam saya time tu. Maafkan saya cikgu. Dan kesan tak suka cikgu tu, saya dapat 7D masa SPM. mencacatkan slip result saya jer.. Cikgu, saya minta maaf... huk huk :(

Sebenarnya banyak lagi yang menjadi sebab saya tak suka Sejarah. tapi malas dah nk citer. 

Ha, nak tau nape saya tetiba citer pasal Sejarah plak ni? Sebabnya mulai tahun 2013, subjek Sejarah secara muktamadnya menjadi Subjek wajib Lulus..... 

So kepada semua pelajar-pelajar, adik-adik semua, belajarlah Sejarah betul-betul.  Ni penting untuk Kita di masa tua nanti supaya senang nk cerita kat anak cucu cicit. Haha...

__________________________________________________________________________________

Keputusan Wajib Lulus Sejarah Dalam SPM Muktamad, Kata Dr Puad

LABIS, 7 Jan (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi Jumaat menjelaskan, keputusan mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah muktamad.

Menurut beliau, cuma yang belum diputuskan ialah bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut yang akan digubal dan pendekatannya bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan bagi memastikan pelajar menghayati sejarah.

"Sebenarnya, keputusan wajib lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM adalah muktamad. Kita hanya menunggu hasil kajian daripada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah sekolah menengah.

"Jawatankuasa ini sedang membuat kajian bagi memastikan kurikulum yang baru dan bakal digubal kelak benar-benar memberi impak yang berkesan untuk melahirkan generasi yang menghayati sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan guru-guru sekolah kebangsaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tenang hari ini.

Menurut beliau, laporan tersebut perlu diperjelaskan kerana ia boleh disalah ertikan seolah-olah kementerian akan berpatah balik dalam keputusannya untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM mulai 2013.

Beliau juga berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu dianggotai oleh pakar sejarawan dan pensyarah universiti yang pakar dalam bidang Sejarah.

Kementerian katanya, akan memperkenalkan Sijil Peperiksaan ulangan untuk mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013.

Langkah itu, katanya untuk membolehkan pelajar yang gagal mata pelajaran itu mengambil peperiksaan ulangan sebagaimana mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil SPM.

Sementara itu, Dr Mohd Puad yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut berundur secara terhormat daripada jawatan Menteri Besar Selangor jika beliau terus berdegil membantah dan mempertikaikan pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri itu.

Katanya pelantikan Mohamad Khusrin telah diperkenan oleh Sultan Selangor dan dengan itu sepatutnya tidak timbul lagi soal Menteri Besar Selangor tidak mahu mengiktiraf pelantikan itu.

"Bagi saya, kalau dia (Abdul Khalid) tetap berkeras tidak mahu mengiktiraf, sebenarnya dialah yang menimbulkan krisis perlembagaan," katanya mengulas mengenai kedegilan Abdul Khalid yang menentang pelantikan Mohamad Khusrin dengan mendesak untuk meminda Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Beliau menyifatkan tindakan Abdul Khalid itu berbahaya kerana ia bukan sahaja menghantar isyarat salah kepada rakyat Selangor tetapi juga kepada pelabur-pelabur asing yang hendak melabur di negeri itu.

"Bagi saya, dia sudah tidak lagi sesuai menjadi Menteri Besar...Khalid sepatutnya mengundur diri secara terhormat," katanya.



-- BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Baru - Syed Danial

Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Baru

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Jan ini.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara hari ini setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Sabtu Awab berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lepas," katanya kepada Bernama pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini Jumaat.

Sabtu berkata Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu.

-- BERNAMA


SELAMAT BERSARA KEPADA 
ENGKU TAN SRI IBRAHIM ENGKU NGAH 
YANG BERSARA HARI INI SETELAH BERKHIDMAT SEBAGAI 
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA SELAMA 22 TAHUN.


JASAMU DI KENANG :)




 Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2010



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nyesal tak kumpul emas banyak-banyak

Bila baca paper hari ni, terdetik di hati menyesalnya lah tak kumpul emas sejak dari mula-mula lahir dulu lagi.

Nak tahu kenapa saya menyesal? 

Sebab:

1) Zaman kanak-kanak - Masa kecil-kecil zaman kanak-kanak dulu saya ada lah juga koleksi-koleksi barang kemas seperti cincin, rantai, subang, gelang kaki dan gelang tangan.  Dah namanya kanak-kanak, tahap menjaga sensitiviti barang-barang kemas ni kurang lah kan.  Serius, masa kecik-kecik, saya memang tak tahu kepentingan emas.  sebab yang saya tau, pakai emas ni buatkan saya tidak selesa.  Mak penah tanya saya, masa tu kami jalan-jalan di kedai-kedai & antara kedai-kedai tu ada lah kedai emas.  Mak tanya nak tak cincin? saya dengan bangganya menjawab "Tak Nak".. Ha sekarang ko jugak yang rugi! hehe

2) Pakai emas nampak macam orang tua - Ni adalah persepsi saya terhadap pemakaian barang-barang kemas.  Bagi saya pakai barang kemas untuk orang yang muda remaja umur macam saya boleh menampakkan seseorang itu kelihatan tua.  Ni lah persepsi kolot yang ada dalam diri saya.  Emak penah cakap, kenapalah budak-budak muda sekarang tak suka emas sedangkan orang dulu-dulu ada duit jer terus beli emas. Untuk keuntungan masa depan katanya sebab kita tak tau apa akan terjadi pada masa depan.  Bila di fikir-fikir balik kata-kata emas ni, barulah saya terfikir betul jugak kata-kata tu.  Hah ko, sekarang harga emas melambung-lambung naik, barulah ternganga semua termasuk saya. Kahkahkah.

3) Pajak Gadai - Sejak kehadiran emas putih ni, ramai yang memilih emas putih untuk dijadikan sebagai perhiasan diri.  Saya pun suka emas putih.  Tapi harga emas putih lagi mahal dari emas kuning.  Namun, hakikat yang perlu saya terima, untuk gadaian contohnya, emas kuning lagi bernilai berbanding emas putih.  So walau pun saya bangga pakai emas putih (takder pun sebenarnya..hehe), saya tetap takleh challenge orang yang pakai emas kuning.. kankan?

4) Perkahwinan -Walau emas putih sekarang ni semakin glamour untuk dijadikan hantaran perkahwinan seperti untuk upacara batal air sembahyang or hantaran perkahwinan namun masih ramai juga lagi yang memilih emas Kuning or emas 916 (baru paham nk terjemah emas tu..ehhe) untuk perkahwinan mereka.  Dan seandainya jodoh saya telah sampai, INSYAALLAH, saya lebih memilih emas kuning sebab emas kuning lagi kelihatan "keajaiban" nya berbanding emas putih.  Ini hanya pendapat saya. Lain orang lain pendapat. Yer dok? hehe. Hope masa kahwin saya nanti, emas kuning murah. Kahkah.... Kalau tak murah jugak, nasib ko lah labu.... 

5)  HARGA EMAS MAKIN NAIK - Saja jer buat All Caps sebab nak menunjukkan saya betul-betul menyesal.  haha.... Sekarang ni harga emas makin naik dan naik dan naik.  Dah lama tak dengar harga emas turun kan.  Emak pun ada cakap, dah susah nak beli emas sekarang sebab mahal.  Huhu. Saya yang mendengar ni pun tak tau nak cakap apa.  

So bila harga emas turun nanti, cepat-cepatlah kita berduyun-duyun ke kedai emas untuk membeli emas yek.  Even beli subang yang biasa-biasa pun, mesti beli.  Sebab harga emas makin naik. Nak jual balik pun berbaloi-baloi.

Tapi insyaAllah, barang kemas yang digunakan untuk upacara batal air sembahyang nanti tidak akan saya jual.  Ini janji saya kepada diri saya sendiri.  Barang kenangan & sejarah, sukar untuk dicari or diganti.  Walau ianya sama sekalipun, tetap tidak serupa. 



gambar sekadar hiasan.
__________________________________________________________________

Harga emas cecah RM150 satu gramOleh Shahrizan Salian dan Mohd Zaky Zainuddin

2011/01/07

HARGA emas diunjurkan meneruskan arah aliran meningkatnya pada tahun ini untuk mencecah sehingga RM150 satu gram.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Bhd, Datuk Eddie Choon, berkata umumnya harga dagangan komoditi itu di pasaran global dijangkakan melonjak sehingga AS$1,500 seauns tahun ini berbanding kira-kira AS$1,300 seauns sekarang.
“Harga emas adalah kukuh tahun lalu sekitar AS$1,400 seauns dan saya menjangkakan ia mampu mencecah AS$1,500 seauns pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Poh Kong di Kuala Lumpur, semalam.
Harga emas ditutup tahun lalu pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Ia ditutup pada AS$1,375.3 seauns. Di pasaran tempatan ia diniagakan pada harga RM136.01 satu gram kelmarin.

Emas adalah komoditi paling kukuh sepanjang tahun lalu kerana pelabur melihatnya sebagai pelaburan lindung nilai.

Choon berkata, walaupun harga emas tinggi ia tidak menghalang pengguna daripada membelinya disebabkan nilainya dijangka terus kukuh.
“Emas dianggap pelaburan jangka panjang yang memberikan perlindungan terhadap beberapa risiko tidak dijangka dalam kitaran ekonomi,” katanya.

Beliau menjelaskan, perhiasan emas yang dikeluarkan oleh Poh Kong juga terus menjadi penyumbang pendapatan utama kepada kumpulan itu.

Poh Kong adalah peneraju dalam pengeluaran serta peruncitan emas, barang perhiasan dan batu bernilai di negara ini dengan rangkaian 97 cawangan di seluruh negara.

Kumpulan itu menguasai 15 peratus pasaran produk emas di Malaysia.
Sementara itu, Choon berkata, Poh Kong merancang membuka tiga lagi cawangan tahun ini membabitkan pelaburan kira-kira RM9 juta.

Mengenai rancangan untuk meluaskan cawangan Sabah dan Sarawak serta luar negara, beliau berkata, ia sedang dipertimbangkan tetapi bukan dalam waktu terdekat ini.

Poh Kong meraih keuntungan sebelum cukai sebanyak RM44.8 juta dalam tahun kewangan 2010 meningkat 16.1 peratus daripada RM38.6 juta tahun kewangan sebelumnya.

Choon berkata, peningkatan itu didorong prestasi lebih baik dalam margin keuntungan dan peningkatan pendapatan hasil jualan.


-- BHarian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujan rintik-rintik, Air bergelora

Sebenarnya tak plan pun nak balik ke Kemaman last week sbb ingatkan nak balik pertengahan Januari ni. Tapi.... bila bangun jer dari tido hari Khamis (30 Disember 2010) tu, my housemate cakap PM Najib kasik cuti peristiwa pada hari Jumaat sebab pasukan bola sepak kita menang Piala Suzuki AFF di Indonesia.

Mula-mula agak terkejut, eh betul ker tidak ape yg Azhani cakap ni tapi takper, gi office dulu caner-caner pun.  Then bila sampai office, tengok paper & website BERNAMA, betullah PM kasik cuti.  Tapi yang jadi masalahnya, bos saya pun bagi saya cuti hari Jumaat pastu PM pun bagi cuti hari Jumaat. Pertembungan cuti nih.  

Jeng jeng jeng.. Idea jahat pun datanglah...

Mula-mula buat kerja dulu sampai siap, then gi breakfast pastu dalam kul 10.30 am, saya pun ape lagi >>>>>>> cabuttttttttttttt.......

Alang-alang ramai giler orang kat office ni cuti, so saya pun carry backward lah cuti.. hahahah...bos kasik cuti hari Jumaat, saya bawak cuti tu ke sehari sebelum iaitu Khamis. Then col my fren yg kerja Putrajaya sebab nak tumpang dia balik ke kampung.

Kul 11 dekat-dekat kul 12 tengahari pada hari Khamis hari kejadian, saya pun selamat lah bertolak pulang ke Kemaman. Sepanjang perjalanan tu hujan jer tak henti-henti.  Masa kat Karak, ada 1 eksiden yang takder lah teruk pun tapi melibatkan 4 buah kereta jugaklah.  Alhamdulillah, perjalanan kami selamat.  Around 3.30 pm, saya selamat sampai umah.

Sepanjang hari Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad saya berada di rumah, hujan jer tak henti-henti. Eh tak tak... Hujan berenti jugak tapi sekejap sekejap jer.. Tapi ni normal sebab di Pantai Timur sekarang mmg musim hujan kan. Alhamdulillah jugak, rumah saya tidak banjir.


hujan tak henti-henti..  Kejap lebat, kejap berenti & pastu ujan balik. Cuaca pun mendung jer.  Best sangat tido time hujan-hujan macam ni.  Lena sangat. hehe


Gambar sama jer ngan yang atas. Dh amik 2x, so masukkan jer dua-dua..hehe




*Ketenangan yang ada di rumah menyebabkan jiwa sentiasa meronta-ronta untuk pulang ke kampung.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Hikmah - KEJUJURAN



"Perkara yang paling sukar untuk ditagih daripada 
orang lain adalah KEJUJURAN"




"The hardest thing to acquire from someone else is sincerity"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Result MUET 2010 Akan Diumumkan Khamis Ini (6 Januari 2011)

Source: BERNAMA


KUALA LUMPUR, Jan 4 (Bernama) -- The 2010 results of the Malaysian University English Test (Muet) will be released on Thursday, the Malaysian Examination Council said Tuesday.

In a statement MEC's public relations officer Khawari Idris said candidates registered with schools/institutions could obtain the results from their respective schools/institutions from 10am on that day.

Meanwhile, private individual candidates would get them by post.

Khawari said candidates could also verify their test results through SMS by typing MUET and sending it to 15888 or 36363, beginning from 12.01am on Thursday.

Candidates can also check on-line at http://www.mpm.edu.my from 9am on the same day.

A total of 94,117 candidates had sat for the test at 991 centres nationwide, he said.

Those candidates wishing to re-sit for Muet to improve on the year-end results for 2010 may register for mid-year Muet 2011 at ww.mesp.gov.my/online beginning Jan 10, 2011.

The closing date for registration is Jan 27, 2011.

-- BERNAMA 


Ringkasan:

1) Keputusan Peperiksaan MUET bagi tahun 2010 akan diumumkan pada 6 Januari 2011.
2) Calon-calon boleh mendapatkan keputusan MUET bermula jam 10 pagi pada hari berkenaan.
3) Calon juga boleh mendapatkan keputusan MUET melalui SMS dengan menaip MUET dan hantar ke 15888 atau 36363.
4) Calon juga boleh membuat semakan secara on-line di http://www.mpm.edu.my bermula jam 9 pagi pada hari berkenaan (6 Januari 2011).
5) Kepada calon yang berhasrat menduduki semula MUET untuk memperbaiki keputusan yang telah diperolehi, boleh mendaftar di www.mesp.gov.my/online bermula 10 Januari 2011.


Terima kasih kerana sudi membaca :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kah Kah Kah, Harga Minyak Masak tak Naik

oh....

berita baik untuk semua ibu ibu & orang yang suka main masak-masak

Baca lah berita ni (sumber dari BERNAMA)




PETALING JAYA, Jan 3 (Bernama) -- The price of cooking oil will remain the same for now, Deputy Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Tan Lian Hoe said.

She said the current shortage of the commodity was due mainly to panic buying following rumours of an impending price increase.

"There is enough cooking oil in the country. I hope consumers will not listen to rumours. There will no price increase unless it is recommended by the Cabinet," she told reporters after a visit to the Tesco hypermarket in Mutiara Damansara near here, Monday.

Tan said steps were being taken to get the Malaysian Palm Oil Board to speed up the supply of cooking oil to all retail outlets.

Cooking oil is a price-controlled item.

She said the ministry was monitoring the situation and warned that traders who jacked up the price of cooking oil could risk being charged under the Anti-Profiteering Act.

On another matter, Tan said it was crucial for consumers to support the move to reduce the use of plastic bags instead of just complaining about the ban on their use on Saturdays.

"It is most appropriate that we realise the need to reduce the use of plastic bags for the sake of the environment," she said.

She said that on the average, Malaysia used eight billion plastic bags yearly and the staggering cost of petroleum was causing the production cost of plastic bags to increase enormously.

"On the average, we are using one litre of petroleum to produce a plastic bag and that bag will take 500 years to decompose. And considering the price of this non-renewable energy, rightly, we should reduce the use of plastic bags," she said.

-- BERNAMA



*gambar sekadar hiasan....tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia...hehe


So kepada sape2 yang dah kehabisan minyak masak di rumah masing-masing, cepatlah serbu pasaraya, shopping complex, kedai runcit, kedai mamak & kat mana-mana jualah yang menjual minyak masak...

dah-dah, tak mau nangis-nangis lagi dah sebab minyak takder.. sekarang anda semua dah boleh tersenyum lebor-lebor yek....

kepada orang-orang yang sorok minyak masak, jangan nangis yek...sian pulak.  penat jer main sorok-sorok minyak last-last harga minyak tak naik... kekekekeke


moral of the story -- main sorok-sorok sangat tak best! ekekkeke

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...