RSS

JIKA SI DIA BUKAN MILIKMU DAN DOA PENDEKAT JODOH

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.


 DOA ADALAH TERAPI PALING BAIK BAGI MANUSIA SEJAGAT. BERDOALAH, MENGADULAH KEPADA ALLAH, MINTALAH DGN ALLAH DGN RENDAH DIRI KERANA DIA YG MAHA BERKUASA.

‘jika Allah menolong kamu, maka tidak ada sesiapapun yang dapat mengalahkan kamu, dan jika Allah membiarkan kamu(tidak memberi pertolongan) maka siapakh gerangan yang dapat menolong kamu (selain) daripada Allah sesudah itu? [al imraan:170]
pohonlah dari Allah, Tuhan yang Maha Baik dan Penyayang.

jika kau meletakkan harapan padaNya, menyatakan kecemasan dan mengharapkan kebergantungan kepadaNya, maka sesungguhnya Allah amat suka sedemikian.

tapi jika kau pilih anak Adam juga untuk diminta sesuatu hajat, impian dan pertolongan, maka itulah selemah-lemah tempat bergantung.
mintalah pada Allah yang tidak pernah menutup pintu pemberian. Allah murka jika kamu tidak meminta dariNya, sedangkan anak Adam, marah apabila kau meminta-minta daripada mereka.
tak ingatkah kau dulu, tatkala kau berharap pada manusia, betapa teruknya telah kau dikecewakan?

lupakah kau satu masa dahulu, kau pernah meletakkan harapan pada manusia, dan akhirnya betapa takut dan cemasnya manusia itu dengan harapan yang kau letakkan pada pundaknya?


P/S : jika dia bukan milik kita pasrahlah dengan kehendak yang ditentukan….Allah adalah yang terbaik dia tahu ape yang terbaik untuk kita….




--->> Entry ni saya copy dari blog Nalin .. Thanks Nalin, kasi saya copy entry ni. Sangat-sangat bermanfaat untuk renungan semua :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

ezy.fia said...

mari berdoa..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...