RSS

Nyesal tak kumpul emas banyak-banyak

Bila baca paper hari ni, terdetik di hati menyesalnya lah tak kumpul emas sejak dari mula-mula lahir dulu lagi.

Nak tahu kenapa saya menyesal? 

Sebab:

1) Zaman kanak-kanak - Masa kecil-kecil zaman kanak-kanak dulu saya ada lah juga koleksi-koleksi barang kemas seperti cincin, rantai, subang, gelang kaki dan gelang tangan.  Dah namanya kanak-kanak, tahap menjaga sensitiviti barang-barang kemas ni kurang lah kan.  Serius, masa kecik-kecik, saya memang tak tahu kepentingan emas.  sebab yang saya tau, pakai emas ni buatkan saya tidak selesa.  Mak penah tanya saya, masa tu kami jalan-jalan di kedai-kedai & antara kedai-kedai tu ada lah kedai emas.  Mak tanya nak tak cincin? saya dengan bangganya menjawab "Tak Nak".. Ha sekarang ko jugak yang rugi! hehe

2) Pakai emas nampak macam orang tua - Ni adalah persepsi saya terhadap pemakaian barang-barang kemas.  Bagi saya pakai barang kemas untuk orang yang muda remaja umur macam saya boleh menampakkan seseorang itu kelihatan tua.  Ni lah persepsi kolot yang ada dalam diri saya.  Emak penah cakap, kenapalah budak-budak muda sekarang tak suka emas sedangkan orang dulu-dulu ada duit jer terus beli emas. Untuk keuntungan masa depan katanya sebab kita tak tau apa akan terjadi pada masa depan.  Bila di fikir-fikir balik kata-kata emas ni, barulah saya terfikir betul jugak kata-kata tu.  Hah ko, sekarang harga emas melambung-lambung naik, barulah ternganga semua termasuk saya. Kahkahkah.

3) Pajak Gadai - Sejak kehadiran emas putih ni, ramai yang memilih emas putih untuk dijadikan sebagai perhiasan diri.  Saya pun suka emas putih.  Tapi harga emas putih lagi mahal dari emas kuning.  Namun, hakikat yang perlu saya terima, untuk gadaian contohnya, emas kuning lagi bernilai berbanding emas putih.  So walau pun saya bangga pakai emas putih (takder pun sebenarnya..hehe), saya tetap takleh challenge orang yang pakai emas kuning.. kankan?

4) Perkahwinan -Walau emas putih sekarang ni semakin glamour untuk dijadikan hantaran perkahwinan seperti untuk upacara batal air sembahyang or hantaran perkahwinan namun masih ramai juga lagi yang memilih emas Kuning or emas 916 (baru paham nk terjemah emas tu..ehhe) untuk perkahwinan mereka.  Dan seandainya jodoh saya telah sampai, INSYAALLAH, saya lebih memilih emas kuning sebab emas kuning lagi kelihatan "keajaiban" nya berbanding emas putih.  Ini hanya pendapat saya. Lain orang lain pendapat. Yer dok? hehe. Hope masa kahwin saya nanti, emas kuning murah. Kahkah.... Kalau tak murah jugak, nasib ko lah labu.... 

5)  HARGA EMAS MAKIN NAIK - Saja jer buat All Caps sebab nak menunjukkan saya betul-betul menyesal.  haha.... Sekarang ni harga emas makin naik dan naik dan naik.  Dah lama tak dengar harga emas turun kan.  Emak pun ada cakap, dah susah nak beli emas sekarang sebab mahal.  Huhu. Saya yang mendengar ni pun tak tau nak cakap apa.  

So bila harga emas turun nanti, cepat-cepatlah kita berduyun-duyun ke kedai emas untuk membeli emas yek.  Even beli subang yang biasa-biasa pun, mesti beli.  Sebab harga emas makin naik. Nak jual balik pun berbaloi-baloi.

Tapi insyaAllah, barang kemas yang digunakan untuk upacara batal air sembahyang nanti tidak akan saya jual.  Ini janji saya kepada diri saya sendiri.  Barang kenangan & sejarah, sukar untuk dicari or diganti.  Walau ianya sama sekalipun, tetap tidak serupa. 



gambar sekadar hiasan.
__________________________________________________________________

Harga emas cecah RM150 satu gramOleh Shahrizan Salian dan Mohd Zaky Zainuddin

2011/01/07

HARGA emas diunjurkan meneruskan arah aliran meningkatnya pada tahun ini untuk mencecah sehingga RM150 satu gram.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Bhd, Datuk Eddie Choon, berkata umumnya harga dagangan komoditi itu di pasaran global dijangkakan melonjak sehingga AS$1,500 seauns tahun ini berbanding kira-kira AS$1,300 seauns sekarang.
“Harga emas adalah kukuh tahun lalu sekitar AS$1,400 seauns dan saya menjangkakan ia mampu mencecah AS$1,500 seauns pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Poh Kong di Kuala Lumpur, semalam.
Harga emas ditutup tahun lalu pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Ia ditutup pada AS$1,375.3 seauns. Di pasaran tempatan ia diniagakan pada harga RM136.01 satu gram kelmarin.

Emas adalah komoditi paling kukuh sepanjang tahun lalu kerana pelabur melihatnya sebagai pelaburan lindung nilai.

Choon berkata, walaupun harga emas tinggi ia tidak menghalang pengguna daripada membelinya disebabkan nilainya dijangka terus kukuh.
“Emas dianggap pelaburan jangka panjang yang memberikan perlindungan terhadap beberapa risiko tidak dijangka dalam kitaran ekonomi,” katanya.

Beliau menjelaskan, perhiasan emas yang dikeluarkan oleh Poh Kong juga terus menjadi penyumbang pendapatan utama kepada kumpulan itu.

Poh Kong adalah peneraju dalam pengeluaran serta peruncitan emas, barang perhiasan dan batu bernilai di negara ini dengan rangkaian 97 cawangan di seluruh negara.

Kumpulan itu menguasai 15 peratus pasaran produk emas di Malaysia.
Sementara itu, Choon berkata, Poh Kong merancang membuka tiga lagi cawangan tahun ini membabitkan pelaburan kira-kira RM9 juta.

Mengenai rancangan untuk meluaskan cawangan Sabah dan Sarawak serta luar negara, beliau berkata, ia sedang dipertimbangkan tetapi bukan dalam waktu terdekat ini.

Poh Kong meraih keuntungan sebelum cukai sebanyak RM44.8 juta dalam tahun kewangan 2010 meningkat 16.1 peratus daripada RM38.6 juta tahun kewangan sebelumnya.

Choon berkata, peningkatan itu didorong prestasi lebih baik dalam margin keuntungan dan peningkatan pendapatan hasil jualan.


-- BHarian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kecik² mama kina atau ayah x pernah nak ofer beli barang kemas. sbb kami bukan org berada.. dari beli emas baik beli barang dapur utk mengisi perut 1 keluarga.

shelliey said...

btol..mas skrag d mahal..shelliey suke emas..dulu slalu ikt mak g kdai mas..dulu harag mas dalam rm58 je segram skrg da dkt rm150..sile beli n simpan..tak smstinye kne pkai sume..bole gilir2 kan..

ain nina said...

kina, rezeki masing-masing. saya pun rasa bersyukur juga dikurniakan keluarga yang tak susah, tak senang.. sederhana saja. tapi mungkin faktor ni pun sbb saya anak bongsu kot.. :)

ain nina said...

shelliey, betul tu. dulu murah jer.... orang tua dulu-dulu walau tak belajar tinggi-tinggi tapi cerdik kan. kumpul emas byk2...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...