RSS

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Baru - Syed Danial

Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Baru

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Jan ini.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara hari ini setelah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Sabtu Awab berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lepas," katanya kepada Bernama pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini Jumaat.

Sabtu berkata Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu.

-- BERNAMA


SELAMAT BERSARA KEPADA 
ENGKU TAN SRI IBRAHIM ENGKU NGAH 
YANG BERSARA HARI INI SETELAH BERKHIDMAT SEBAGAI 
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA SELAMA 22 TAHUN.


JASAMU DI KENANG :)




 Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2010



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

eiysya zasya's said...

isk.. dah terbiasa daa dengar pengumuman pakcik nih selama 20 tahun.. dah bersara daa dia eh..

btw, saya tag kamu.. =D
>> award comey lotey untuk kawan-kawan aje..

ain nina said...

haha...tu lah psl kan...tak sbr nk tunggu pengumuman puasa tahun ni..orang baru :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...