RSS

Perhatian Kepada Mereka Yang Merancang untuk Bercuti Ke Bukit Bendera

Kepada sesiapa yang ingin melancong dan bercuti ke Bukit Bendera, di sini ada info yang ingin saya kongsikan kepada anda.




GEORGE TOWN, 10 Jan (Bernama) -- Perkhidmatan kereta api kabel Bukit Bendera, yang dijangka menyambung semula perkhidmatan selepas kerja-kerja menaiktaraf pada akhir bulan ini, kini ditangguh sekurang-kurangnya untuk sebulan lagi.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Negeri Lim Hock Seng berkata kontraktor sedang memasang talian dawai untuk tren selepas koc-koc baru buatan Switzerland telahpun diletakkan di atas landasan.

"Kerja-kerja pemasangan di peringkat akhir dan kami menjangka perkhidmatan kereta api itu disambung semula menjelang akhir bulan depan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Isnin.

Sebelum ini, perkhidmatan kereta api berkabel berusia 87 tahun itu dihentikan operasinya pada 22 Feb tahun lepas untuk kerja-kerja naik taraf oleh Kementerian Pelancongan dengan kos RM63 juta.

Projek tersebut dijangka siap Disember lepas dan perkhidmatan dijangka disambung semula akhir bulan ini.

Bagaimanapun, Lim menjelaskan kelewatan menyiapkan projek tersebut adalah kerana kontraktor menghadapi kesukaran dalam mengalihkan jajaran di stesen pertengahan di bukit peranginan itu.

"Mereka juga memerlukan masa untuk kerja-kerja asas tapak di stesen pertengahan serta pemasangan kabel dari stesen bawah ke stesen kecil Tenaga Nasional Berhad (TNB) di puncak bukit," katanya.

Selepas selesai kerja-kerja naik taraf itu, setiap koc baru berhawa dingin itu boleh membawa sehingga 50 penumpang dengan masa perjalanan sehala selama 10 minit.

Di bawah sistem baru perkhidmatan, penumpang boleh sampai ke puncak bukit itu tanpa menukar tren di stesen pertengahan.

Bukit Bendera ialah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di sini dan perkhidmatan kereta api berkabel itu mula diperkenalkan pada tahun 1923, satu-satunya perkhidmatan seumpama itu dalam negara.



-- BERNAMA


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

kakngah said...

bulan lepas pergi penang, tak merasa pun naik ke bkt bendera.. :(
ni sume buat alasan nk naik penang sekali lagi.. hihihi!!!

ainnina said...

nina penah gi penang ms form 2. Dh lama dh tak pegi sana. Baru tau rupa-rupanya bukit bendera ditutup.

Takper kakngah, nnti pergi lagi yer :)

ana ayesha said...

ain nina, anda telah ditag untuk sertai giveaway

COLORCLICKZ 1st GiveAway 20113

shelliey said...

aritu pg frust tutup..patut diorg ltk la signboard under construction awal2..takde la org g msuk smp ke sane..

ainnina said...

nina pun baru tau ni...merancang jgk untuk ke penang tapi nasib baik dh baca kes ni awl2....kalau tak, mmg rugi kan pegi.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...