RSS

Kisah 2 Hantu

Saya dapat email yang di forward kawan saya semalam.  Seronok layan citer ni. Gelak pun ada. So saya share di sini cerita Kisah 2 Hantu ni yer.

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. 

Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”

“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.

“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.

“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.

“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”

“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”

“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.

“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..

Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi...



SENYUM.... :)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan risau, minyak tidak naik hehe

 Kepada semua pengguna minyak Ron95, anda tak perlu risau... Harga minyak masih lagi kekal pada harga sekarang ni.  Seronok jugak mendengarnya.  Kalau sekarang ni pun isi minyak full tank dah RM80, kalau harga minyak naik, agak-agak berapa yer? Maunyer RM100 untuk full tank.  Bila minyak naik, semua barang pun nak naik. Kalau di kedai-kedai makan tu, minyak naik RM0.10, tetapi harga makanan naik sampai RM0.50.. Mengada-ngada betul tokey-tokey kedai ni naikkan harga.  Tapi pasni harga minyak tak naik, tapi harga makanan naik,  jangan pegi makan dah kedai makan tu.  Boikot jer.  Hehe....



PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.

Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

-- BERNAMA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yakinlah Dalam Berdoa

Saya manusia yang lemah.  Tak semua perkara yang saya impikan dalam hidup ni, saya akan dapat semua. 

Mengadu dengan manusia, sampai bila kita boleh mengadu.  Mungkin sekali, dua kali orang masih sudi mendengar, tapi andai banyak kali, tentu orang akan jemu. Mungkin!

Jadi, dengan siapa lagi yang kita boleh mengadu? Hanya dengan Allah.  Alhamdulillah, banyak doa saya yang Allah telah makbulkan, tetapi ada 1 doa saya yang sampai sekarang Allah tidak makbulkan, namun saya tau saya perlu sabar. 



Hadith:
DARI Anas r.a katanya:"Rasulullah saw bersabda:"Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:"Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa."
Huraian Hadith:
Sesorang muslim itu hendaklah bersemangat (untuk mencapai) apa yang bermanfaat untuk dirinya serta meminta pertolongan kepada Allah tanpa merasa lemah dan putus asa.
Berdoa mestilah mengikut adab-adabnya supaya menampakkan kesungguhan harapan untuk mendapatkan sesuatu kerana Allah SWT hanya akan menerima doa dari orang yang betul-betul berhajat.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saya baca artikel ini di MStar Online




BERDOA........ itu adalah jalan terbaik.

"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.... Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu... Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.  Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syurgalah Tempatmu Wahai Adik-adikku

16 yang meninggal, 9 orang terselamat.  

Sungguh, dah beberapa kali air mata saya menitis hari ni membaca berita kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Kelang Sabtu lepas.

Walau tidak berada di tempat kejadian, tapi melihat foto-foto mereka dengan dekat pun boleh buat saya menangis.  Bekerja di agensi berita memberikan saya kelebihan apabila saya dapat melihat foto-foto tempat kejadian dan mangsa-mangsa yang terlibat dengan lebih jelas. Ditanam dalam satu liang lahad, semoga SYURGA lah tempat mu adik-adikku. Al-Fatihah.



KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Hospital Selayang di sini, Selasa nyata membawa keceriaan kepada mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat.

Mereka berada di hospital kira-kira 45 minit untuk bertanya khabar dan melihat keadaan mangsa-mangsa berkenaan.

Najib dan isteri, yang tiba kira-kira 1 tengah hari, disambut oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalannya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selain pegawai serta petugas hospital.

Turut mengiringi ialah anak-anak Najib dan Rosmah iaitu Nor Ashman, 19, dan Nooryana Najwa, 22, serta rombongan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih) serta Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno.

Kehadiran Najib dan rombongan ke Wad 5D itu disambut dengan senyuman oleh mangsa-mangsa dan anggota keluarga mereka terutamanya Mohd Aizat Khusairi Abdul Halim, 13, yang begitu teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.

Mohd Aizat Khusairi, yang patah tangan kiri, turut meminta Najib dan Rosmah menurunkan tandatangan di balutan simen tangan kirinya itu.

Berikutan permintaan itu, Rosmah berseloroh sambil berkata, "Jangan bukalah (balutan simen) kalau macam ini, kena simpan ni," katanya sambil disambut gelak tawa keluarga Mohd Aizat Khusairi.

Najib pula sempat bertanya cita-cita Mohd Aizat Khusairi, yang tidak henti-henti tersenyum kerana kedatangan Najib itu ibarat impian menjadi kenyataan remaja itu.

"Saya nak jadi askar, terima kasih (Datuk Seri) Salam 1Malaysia," katanya yang sudah sekian lama mengimpikan pertemuan dengan Perdana Menteri.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Mohd Aizat Khusairi yang kini bertemu kembali dengan ibu kandungnya, Nursuzana Abdullah, 37, setelah terpisah sejak 11 tahun lepas, berkata dia gembira kerana kehadiran Nursuzana telah menguatkan semangatnya.

"Saya kuat semangat untuk terus tinggal di tahfiz, saya juga gembira sebab saya ada dua ibu sekarang," katanya sambil memandang Nursuzana yang dipanggil ibu dan ibu angkatnya, Nor Aida Yaacob, 37, yang dipanggil mama.

Sejak ibu bapanya berpisah pada 2000, Mohd Aizat Khusairi dan abangnya, Mohd Alif Zafran, 15, dijaga dan dibesarkan oleh Nor Aida yang juga ibu saudara mereka.

Sepanjang tempoh 11 tahun itu, Mohd Aizat Khusairi tidak pernah mendengar khabar berita, apa lagi bersua muka dengan ibu kandungnya, walaupun pelbagai usaha dilakukan keluarga angkatnya untuk mencari Nursuzana melalui akhbar.

Nursuzana yang turut berusaha mencari Mohd Aizat Khusairi, berdebar-debar ketika mengetahui tentang anaknya yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh itu selepas menonton Buletin Utama TV3.

Najib dan isteri turut melawat mangsa lain iaitu Mohd Alauddin Sofri, 14, Mohd Harris Izuddin Syahrul Azmi, 11, Mohd Syafiq Ibrahim, 21, dan Siti Fatimah Ibrahim, 21, serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua mangsa.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Bakti dan Yang Dipertua Kasih, turut menyampaikan sumbangan RM1,000 dan hamper kepada setiap mangsa.

Seorang mangsa yang trauma, Siti Fatimah, dilihat masih sugul dan sesekali menitiskan air mata apabila menatap gambar sekumpulan penghuni dan penjaga Madrasah Al-Taqwa yang sedang bernasyid lengkap dengan jubah dan serban mereka pada komputer ribanya.

Rosmah kemudian memujuk Siti Fatimah, yang melihat kejadian itu di depan matanya agar tabah, dan memeluknya bagi mengurangkan kesedihan.

Sementara itu, kembar Siti Fatimah iaitu Mohd Shafiq, 21, yang cedera di leher dilihat masih trauma dan tidak banyak bercakap.

Dia dilihat hanya berbisik dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua Ismail Sani.

Ismail yang ditemui pemberita kemudian berkata Mohd Shafiq memintanya bertemu dengan tok guru mereka di rumah itu supaya menjaga anak-anak yatim yang terselamat selain mengharapkan agar bangunan baru dibina semula untuk kemudahan mereka.

Najib dan isteri turut melawat mangsa yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu iaitu Zulkhairi Aminuddin, 12, Mohd Izzudin Abdullah @ Ibrahim, 29 dan Md Izwan Zakaria, 32.

-- BERNAMA 


p/s: membaca berita di atas pun buatkan saya sebak hiba.  Menerima realiti yang berlaku dalam hidup memang susah tetapi itulah yang perlu kita hadapi.  Sesungguhnya, kematian memang akan berlaku kepada kita samada kita bersedia atau tidak.  DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.  Al-Fatihah. 

p/s/s: Maafkan saya andai ada kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang hidup saya ni.  Halalkan segalanya. Maaf juga andai ada yang tersinggung dengan saya. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kes simbah asid - Air Dan Serbuk Penaik Untuk Kurangkan Kesan Asid

Sekarang ni banyak sungguh kes simbah asid. So tadi masa tengah baca news di bernama.com, saya terjumpa tentang perkara penting yang perlu ada dan perlu di bawa walau kemana-mana kita pergi dan moga-moga ianya dapat membantu ketika kita atau orang sekeliling benar-benar memerlukan.  PREVENTION IS BETTER THEN CURE.  MALANG TIDAK BERBAU. 



Oleh Voon Miaw Ping

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Beberapa siri insiden serangan asid di Lembah Klang baru-baru ini jelas menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam, terutamanya kaum wanita.

Sehingga kini, sejumlah 23 kes dilaporkan sejak Mac namun orang yang bertanggungjawab masih bebas lepas.

Namun, seorang pakar kimia Prof Dr Zainudin Arifin berkata orang ramai tidak seharusnya berasa cemas dan terancam dengan insiden berkenaan.

"Mereka seharusnya keluar dan pergi bekerja seperti biasa, dan pada masa sama mereka hendaklah mengambil tindakan dan langkah keselamatan. Kesan akibat simbahan asid boleh dikurangkan jika mereka tahu apa yang hendak dilakukan," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.

"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku.

"Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.

"Dan jika dalam paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," kata beliau.

Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar.

Mengenai insiden simbahan asid yang berlaku di sekitar Lembah Klang ini, Zainuddin percaya bahan yang digunakan dalam serangan berkenaan bukan larutan beralkali seperti yang dilaporkan tetapi adalah asid cair.

Katanya terdapat empat jenis asid yang lazimnya mudah diperoleh di pasaran iaitu asid formik, asid hidroklorik, asid sulfurik dan asid nitrik.

Beliau berpendapat bahawa cadangan kerajaan untuk mengawal jualan asid di pasaran tidak sesuai dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

"Jika ada seorang yang lemas, adakah kita akan melarang semua orang daripada berenang? soalnya.

Beliau berkata cadangan ini juga tidak membantu memandangkan asid merupakan bahan penting bagi kebanyakan industri pembuatan dan pertanian.

Asid boleh diperoleh dengan mudah di kedai-kedai menjual alat perkakasan dan ia juga digunakan untuk tujuan pembersihan.

"Mengenai kegunaan asasnya, asid sangat berkesan sebagai agen bagi membersihkan kotoran.

"Dan sebagai negara perindustrian, kita menggunakan banyak asid terutamanya asid sulfurik, yang juga merupakan sejenis bahan yang paling banyak dikeluarkan dan bahan penghakis paling berkesan," katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan sebagai berkata beliau akan mencadangkan kepada Kabinet untuk menghadkan penjualan asid berikutan insiden yang berterusan berlaku itu.

-- BERNAMA


Ya Allah, selamatkanlah diriku dan teman-temanku walau ke mana sahaja kami pergi dan di mana sahaja kami berada ya Allah. Hindarilah kami dari sebarang perkara yang tidak diingini ya Allah. Sesungguhnya kami hanya bertawakkal kepadaMu ya Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Hikmah - Sahabat

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

                                                                                                                 Saidina Ali


p/s: Saya minta maaf andai ada salah dan silap yang telah saya lakukan dengan sesiapa pun selama kita berkawan. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 Pesanan Ayah

Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.

Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.

Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini.

Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.

Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.

Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.

Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.

Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.
Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.

Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.

Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna kami seratus peratus tidak setuju. Kami cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada kami.

source: ILuvIslam

p/s: saya rindukan kasih sayang seorang ayah. Pejam celik pejam celik, tahun ni dah 13tahun abah kembali ke rahmatullah... AL-FATIHAH untuk abah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gara-gara segelas Nescafe

Saya MC hari ni... :(

Petang semalam saya minum Nescafe sebab saya sangat mengantuk petang semalam.. So saya terfikir untuk minum Nescafe.. Turun ke cafe, saya order nescafe ais...

Saya memang tau saya tak boleh minum nescafe tapi tetap gatal nak minum... So selepas minum, saya terus rasa kelainan pada badan.. Seram sejuk seram sejuk pastu jantung pun berdegup kencang sangat. Saya jadi berdebar-debar. Saya dapat agak, ni tentu pasal minum nescafe..

Sampai rumah, saya terus rehat.. Memang betul-betul rasa x selesa.. Saya minum banyak air masak dan air milo.. Tapi dalam sakit-sakit sempat pegi tengok Nur Kasih The Movie tayangan hari pertama, 12.30 midnite 19 Mei 2011..

Hari ni, tengahari, datang balik rasa tak selesa.. Saya minta excuse dari masuk meeting then saya balik terus pergi klinik... Macam-macam doktor nasihat saya, jangan makan itu jangan makan ini.. Air the dan nescafe perlu dielakkan sebab mengandungi kefein.. Doktor kata saya alergi kafein.. Doktor jugak cakap, saya mungkin stress...

Yer, saya memang sedikit stress gara-gara apa yang berlaku beberapa hari lalu.. Tapi tu small matter jer.. Hehe..

Doakan saya cepat sembuh... Amin

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Misi Menyiapkan Proposal

Ehem ehem.. Saya pekerja cemerlang malam ni.. Nape? Sebab membawa balik kerja office ke rumah.. Proposal ni kena submit petang esok..

Cemerlang lah sangat kan.. Padahal kerna terpaksa.. Tapi demi kerja, ku turutkan jua..

Actually, mula-mula proposal ni bos saya cakap biar dia buat.. Tapi alih-alih petang tadi dia serahkan task ni kepada saya.. Maunya saya x gabra.. Adoyai..

Dahlah ni first time saya kena buat proposal.. Memang kelam kabut lah.. Masa dapat task ni, berdenyut-denyut kepala.. Maunya x berdenyut, proposal ni penting sebab ni first trial saya untuk membawa projek untuk office.. Saya bukan orang sale tapi sajer gedik-gedik nak cuba jadi orang sale.. Kahkahkah..padan muka untuk diri saya sendiri..

Saya x mampu nak siapkan kerja ni kat office petang tadi so saya merajinkan diri bawak balik kerja ni dan siapkan kat rumah.. Balik tadi tido dulu sekejap, dalam pukul 9.30pm start buat kerja.. Proposal ni senang jer sebenarnya but since saya tiada pengalaman lagi, so jadi lambat..

Tak pasti lah pukul berapa saya dapat siapkan proposal ni.. Hope dapat siapkan as soon as possible.. Mata dah ngantuk ni..

Semoga proposal ni membawa tuah untuk saya.. Amin..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday Wandi

Hari ni, 6 Mei 2011 merupakan birthday one of my officemates, Iswandi.. Umur Wandi pada tahun ni 27 dah.. Hehe

Wandi, dah tua kamu yer.. Kekekeke.. Semoga sentiasa dilindungi Allah, dimurahkan rezeki dan happy sokmo yer..

Oh yer, Wandi ni pandai sangat buat kek and cupcake.. Dia memang expert buat kek lapis.. Kek lapisnya sangat best.. Sekarang ni Wandi kembangkan lagi perniagaan dia dengan membuat cupcake.. Comey-comey and cute jer cupcakes yang dia buat.. Memasak pun dia kata.. Pendek kata, memang bertuah lah siapa-siapa yang dapat Wandi ni..

HAPPY BIRTHDAY WANDI!!!!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Punch Card Merah - I'm Late today

Good morning...

Hari ni saya terlambat datang office gara-gara terlambat bangun. Dah lah terlambat bangun, sempat lagi tengok HotFm di 8TV.. Hari ni, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak datang HotFm..

Sambil-sambil tengok HotFm tu, saya bersiap-siap lah untuk ke office..

Hambik ko! Jem lah pulak Jalan Genting Klang hari ni.. Biasa hari Jumaat, Jalan Genting Klang tak adalah jem, sebab tu saya tak berdebar langsung kuar lambat.. Alih-alih, jangkaan ku silap. Jem jem jem.. Hehe

Bila dah melepasi Jalan Genting Klang tu, jalan dari Istana Budaya ke Semarak pulak jem.. Apelah nasib.. Sepanjang minggu ni asyik menempuh jalan jem jer.. Aku and jem ibarat aur dengan tebing, isi dengan kuku plak.. Adoyai..

Sampai office, kul 9.08 minit pagi.. Ape lagi, merahlah punch card ku hari ni.. Huhu

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mee Kolok Sarawak

Sekarang ni, bila petang menjelang, asyik hujan jer... Bila petang, hujan.. Kalau tak hujan, macam pelik pulak..

Di KL ni, kalau hujan, jalan confirm jem.. Sana sini pasti jem..

Ok, berbalik kepada topik di atas tu, bila hujan jer kita akan cepat lapar. Bila lapar, perut akan merengek-rengek minta di isi..

Masa ni lah saya akan teringat akan keenakan Mee Kolok Sarawak.. Mee kolok Sarawak tersangatlah best. Sebelum ni, saya hanya dengar nama sahaja tapi when I went there end of March aritu, saya tak lepaskan peluang menikmati keenakan mee kolok ni.. Mungkin ada yang tak tau macam mana rupa Mee Kolok Sarawak kan?

Mee kolok Sarawak lebih kurang macam ni lah rupanya. Lain kedai lain kot.. Tapi yang ni yang paling best.. Sumpah best!!! Tiga hari nina di sana, hampir setiap hari nina layan mee kolok ni..

So kalau anda semua ke sana, menu wajib untuk di cuba adalah Mee Kolok Sarawak..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Percubaan menulis blog menggunakan Blackberry

Testing testing

ini hanyalah testing sahaja. seandainya berjaya, selepas ini saya akan aktif blogging. Yeay!!!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Powered by ShowMeBlogger.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...